Koleksi Alfio Raldo Young Untuk Semua Peringkat Umur

Koleksi Alfio Raldo Young adalah salah satu koleksi terbaru yang telah dikeluarkan oleh syarikat Ixora Corporation yang amat sinonim dengan jenama Alfio Raldo. Namun, diatas permintaan yang tinggi selepas Koleksi Pertama Alfio Raldo Young dilancarkan pada Februari 2012, kini Koleksi Alfio Raldo Young kembali lagi. Daripada maklum balas yang diterima oleh pengemar koleksi Alfio Raldo dan Alfio Raldo Young, salah satu faktor koleksi ini dapat diterima oleh semua adalah reka bentuk yang terkini yang bukan sahaja boleh digayakan oleh golongan remaja, malah juga untuk semua golongan usia. Koleksi yang elegan dan terkini ini bukan sahaja boleh dipakai untuk ke majlis rasmi malah juga untuk acara santai.

Warna, corak dan reka bentuk yang menarik pada koleksi Alfio Raldo Young telah menjadikan koleksi ini amat istimewa sekali. Himpunan Koleksi kasut dan beg yang mempersona ini boleh disuai padan untuk keselesaan si pemakai disamping dapat digayakan dengan penuh mempersona.

Sangat ceria! Itulah ayat yang paling sesuai digunakan untuk koleksi Alfio Raldo Young ini. Dengan rekabentuk yang mengikut peredaran fesyen terkini yang juga setaraf dengan koleksi antarabangsa yang lain. Namun, alah membeli, menang memakai kerana dengan struktur harga yang sangat fleksibel dan mampu dimiliki oleh semua, pastinya koleksi terbaru akan menjadi salah satu koleksi yang akan menjadi bualan semua dan juga menjadi penutup fesyen yang amat elegan untuk tahun ini.

Dengan koleksi beg tangan, beg sandang, beg kecil atau pun eksosori cermin mata dan jam tangan, pasti langkah si pemakai akan lebih terserlah dan menawan. Dengan harga serendah RM 39.90 hingga RM 199.00 pastikan koleksi ini tidak akan mengecewakan semua.

Jangan lupa dapatkan koleksi Alfio Raldo Young anda sekarang!

[nggallery id=106]

Check Also

Astro Persembahkan Drama ‘Berbahagi Suami’ – Menyingkap Realiti Poligami Dari Kaca Mata Isteri Kedua

Astro, peneraju utama hiburan di Malaysia, kembali dengan drama terbaharu berkisarkan konflik rumahtangga bertajuk ‘Berbahagi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *