Hampir 3,000 Peminat T-Ara Hadir Di ‘T-Ara Showcase Live In Malaysia’

Mereka funky. Mereka comel. Mereka cantik. Mereka manja. Mereka ‘nakal’. Dan… mereka seksi menggoda! Itu gambaran yang boleh diberi kepada ketujuh-tujuh anggota kumpulan idol sensasi T-ara tatkala membuat persembahan di sini.

Mengambil tempat Dewan Wawasan, Menara PGRM, KL, sebagai pentas T-ara Showcase Live in Malaysia buat kali pertama, selama 1 jam 15 minit, Ji Hyun, Jeon Boram, In Jung, Ji Yeon, Eun Jung, Qri dan SoYoen memberikan satu persembahan cukup bertenaga berserta tarian penuh menggoda di hadapan lebih 3000 Queen’s (gelaran buat peminat) yang sebahagian besarnya peminat lelaki.

Bukan itu saja malah T-ara bijak memikat penonton dengan seskali sekala bertutur dalam bahasa Melayu -“Apa khabar”, “Aku Cinta Padamu”, “Terima Kasih” antara ayat kerapkali dilaungkan mereka.

Berselang-seli dengan komunikasi bersama penonton, T-ara terus merancakkan suasana dengan enam lagi rangkaian lagu popular seperti Lovey-Dovey, Bo Peep Bo Peep dan Falling U, Day By Day, Falling U dan diakhiri dengan Sexy Love.

[nggallery id=107]

 

 

Check Also

Pelancaran SPANA revolusi servis motosikal di Semenyih

SPANA REVOLUSI SERVIS MOTOSIKAL DENGAN KONSEP “RIDER JAGA RIDER”

SPANA revolusi servis motosikal apabila melancarkan pusat servis berteraskan komuniti yang tampil dengan pendekatan baharu …

Warna Warni Hari Raya Ushera tampil dengan visual raya warna-warni dan busana eksklusif.

WARNA WARNI HARI RAYA BAWA “MANIFESTO” AIDILFITRI USHERA

Warna Warni Hari Raya Ushera menjadi penampilan lagu raya ketiganya selepas Suka Ria Raya (2017) …

Leave a Reply