Kumpulan KPOP iaitu Nu’est dan Vixx bakal mengegarkan pentas Shout! Awards 2012 yang bakal diadakan di Surf Beach @Sunway Lagoon tepat jam 8.30 malam pada 23 November 2012.Ia akan disiarkan secara ekslusif di saluran hip 8TV. Ia ditaja oleh CANON dan YES serta Sunway Lagoon sebagai penaja lokasi.
Pengacara popular Henry Golding sekali lagi diberi tanggungjawab untuk mengacarakan anugerah berprestij ini. Henry tidak akan keseorangan kerana beliau akan ditemani personaliti wanita yang cukup ‘hot’ Hannah Tan dan Razif Hashim, pengacara yang cukup terkenal dengan aksi spontan yang menghiburkan.Anda boleh mengundi artis kegemaran anda dengan melayari laman sesawang www.shoutawards.com.my atau SMS ke SHOUT <jarak> <kod undian> dan hantarkan ke 33399. Pemenang akan dipilih menerusi undian SMS dan ‘online’ yang akan dibuka selama sebulan bermula 22 Oktober 2012 hingga 22 November 2012.
Majlis anugerah ini pastinya tidak meriah tanpa persembahan bertenaga dan kolaborasi menarik dari artis-artis dan band popular tempatan. Kini, kami ingin mengumumkan barisan artis yang bakalmembuat persembahan di Shout! Awards. Mereka yang bakal menggegarkan pentas adalah Yuna, Goldfish & Blink, Altimet, Ze!, Darren Ashley, Kyoto Protocol, Go Gerila!, Liyana Fizi, Run This, Diandra Arjunaidi, The Impatient Sisters dan ramai lagi.
Tahun ini juga Shout! Awards memberikan kelainan dengan mengadakan sebuah pentas khas iaitu ‘Discovery Stage’. Objektif ‘Discovery Stage’ yang diadakan buat julung-julung kalinya ini ialah untuk memberi platfom bagi bakat-bakat baru mempamerkan muzik masing-masing. Antara bakat-bakat kreatif yang bakal menghangatkan ‘Discovery Stage’ ialah Meliha Faisal, The Aggrobeats, Tres Empre, Man Under Zero Effort, Rosevelt, Wanted Symphony, DJ B!ng dan Salam Muzik.Ia juga akan diserikan dengan kehadiran artis-artis popular sebagai penyampai antaranya ialah Yuna, Jason Lo, Patricia K, Sazzy Falak, Reshmonu, Kimberly Legett, Serena C, Atilia, Sharifah Amani,Sharifah Aleya, Yasmin Hani, Bunkface, Marsha Milah Londoh,Amy Search, Rina Omar, Redza Minhat, Sara Ali, Izara Aishah, Siti Saleha, Farid Kamil, Joseph Germani, Jared (Grimm Films),Dan Khoo dan ramai lagi.
Berbeza dari tahun sudah di mana pihak 8TV menampilkan artis Hollywood. Peka dengan fenomena K-Pop yang sedang melanda dunia, istimewa Shout! Awards edisi tahun ketiga kali ni, bakal menerbangkan bukan satu tapi dua kumpulan K-Pop sensasi iaitu NU’EST dan VIXX yang akan membuat persembahan secara live pada malam itu.
Bagi menghangatkan majlis ini, beberapa siri jelajah telah diatur dan sebagai pembuka tirai siri jelajah Shout! Awards akan diadakan pada 10 November 2012 di Berjaya Times Square Boulevard jam 5.00 hingga 6.00 petang. Siri jelajah ini akan diteruskan ke lokasi kedua pada hari yang sama di Laundry Bar, The Curve jam 9.00 hingga 10.00 malam. Selain dihiburkan dengan persembahan artis-artis popular, anda juga berpeluang untuk mendapatkan tiket-tiket eksklusif ke malam kemuncak Shout! Awards.
Masih tidak puas? Temui arts-artis kesayangan anda di Sunway Giza Concourse Area pada 18 November 2012 jam 8.00 hingga 9.00 malam. Anda juga boleh mendapatkan tiket-tiket eksklusif ini dengan bertemu dengan pasukan 8Team atau menerusi laman sosial Facebook iaitu di ‘Facebook Fan Page’ dan menerusi Twitter di @theshoutawards.
Peminat-peminat juga boleh mendapatkan tiket-tiket eksklusif ini di Pondok Pengawal Sri Pentas pada hari Isnin hingga Jumaat jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan 3.00 petang hingga 5.00 petang.Selain itu anda juga boleh memenangi tiket-tiket eksklusif ini menerusi 8TV Quickie atau 8TV Nite Live.