AMD Malaysia telah mengumumkan ketersediaan generasi kedua Unit Pemprosesan Dipercepat (APU) Siri A AMD dalam saluran runcit dan pengedaran untuk komputer meja, PC faktor bentuk kecil dan PC teater rumah. APU baru ini mensasarkan Pembina PC kerja bertukang sendiri (DIY), pemain permainan komputer lazim serta penjual nilai tambah yang ingin meningkatkan infrastruktur PC mereka dengan prestasi mampu miliki, grafik peringkat diskret, berbilang teras dan pemprosesan pantas untuk daya respon yang menakjubkan.
Generasi kedua APU komputer meja AMD Siri A boleh didapati pada harga bermula dari RM200 kepada RM5001. Berbanding dengan tawaran kompetitif dengan harga yang sama, APU baru ini menawarkan lebih banyak teras, kelajuan lebih, pengalaman hiburan terbaik dalam kelas dan laluan menaik taraf mudah berdasarkan infrastruktur soket stabil2. Para pengguna APU AMD juga mendapat akses kepada AppZone AMD dan satu senarai komprehensif aplikasi dipercepatkan yang memanfaatkan kuasa komput penuh APU. Berbekalkan sokongan daripada perkakasan yang dipercepatkan untuk DirectX ® 11 pada kad grafik AMD Radeon™ dan teknologi AMD Eyefinity yang menyampaikan satu pengalaman yang lebih imersif, APU Siri A AMD adalah penyelesaian yang ideal bagi sistem yang menggunakan Microsoft Windows® 8 yang sangat dinanti-nantikan dan sistem operasi Microsoft Windows® 7.
Lebih Teras, Lebih Kelajuan dan Lebih Nilai
APU generasi kedua AMD Siri A memberikan prestasi serta keupayaan yang lebih tinggi berbanding dengan generasi pertama:
- Prestasi komput lebih dari 700 GFLOPS3;
- Frekuensi maksimum sehingga 4.2 GHz;
- Unit Pemprosesan Pusat (CPU) yang dibebaskan dengan perisian AMD OverDrive™ menawarkan prestasi meningkatkan kelajuan ekstrem sehingga 6.5 GHz4.
Dengan CPU dan Teknologi Teras Turbo 3.0 Unit Pemprosesan Grafik (GPU) AMD, prestasi APU generasi kedua AMD Siri A dipertingkatkan dengan membolehkan frekuensi teras GPU dan CPU dinaikkan secara automatik. Pengguna PC yang inginkan kawalan terunggul dalam memodifikasi sistem mereka boleh menggunakan aplikasi perisian AMD OverDrivetm bagi meningkatkan kelajuan CPU dan GPU, dan juga meningkatkan frekuensi memori untuk memberikan pengalaman bermain permainan komputer yang lebih unggul.
Video dan Pengalaman Bermain yang lebih baik dengan Grafik Radeon AMD
Generasi kedua APU AMD Siri A dengan grafik Radeon™ Siri HD 7000 AMD, memberikan grafik peringkat diskret berprestasi tinggi. APU ini meneruskan legasi kepimpinan dalam permainan komputer AMD dengan peningkatan signifikan dalam prestasi CPU dan GPU5 berbanding generasi sebelum ini serta sokongan untuk:
- Teknologi AMD Eyefinity – Satu-satunya teknologi pelbagai monitor yang menyokong pengalaman permukaan tunggal Windows 8 sehingga empat monitor. Buat pertama kalinya, teknologi imersif ini disediakan melalui sebuah APU tanpa memerlukan sebuah kad grafik diskret;
- Seni bina Grafik DirectX 11 berprestasi tinggi yang mendahului industri yang berupaya memberikan tahap perincian 1080p penuh untuk permainan yang menyerupai alam nyata;
- Sokongan Grafik Berkembar Radeon™ AMD yang memberikan peningkatan prestasi sehingga 75 peratus apabila kad grafik diskret ditambahkan kepada APU6. Opsyen Grafik Berkembar Radeon AMD juga menawarkan sokongan untuk DirectX® 9 dan 10 untuk permainan lama, dan menggunakan Profil Aplikasi CrossFire™ baru AMD untuk kemaskini yang lebih mudah.
Laluan Peningkatan Mudah
APU komputer meja generasi kedua AMD Siri A menggabungkan seni bina CPU ‘Piledriver’ AMD generasi seterusnya dengan grafik Siri Radeon HD 7000 AMD di infrastruktur papan induk FM2 baru bagi menyampaikan pelbagai ciri-ciri baru dan pengalaman visual unggul, semuanya pada satu platform yang memiliki keupayaan untuk dipertingkatkan di masa akan datang.
Tiga pilihan set cip disediakan pada papan induk dengan soket FM2, setiap satunya dengan set ciri yang berbeza: AMD A55, A75 dan A85X. Set cip ini menyokong Profil Memori AMD yang membolehkan memori grafik untuk berfungsi pada kelajuan 1866 MHz, dengan peningkatan sehingga 266 MHz untuk prestasi yang lebih pantas.
Sokongan Industri
ASRock: ―APU Siri A baru adalah kombinasi terbaik prestasi dan harga bagi peminat PC,‖kata James Lee, naib presiden Jualan dan Pemasaran ASRock. ―Papan induk FM2 ASRock disediakan dengan rangkaian produk lengkap khas untuk para peminat bagi membantu mereka mencapai tahap perkomputeran tertinggi. Selain itu, dengan Teknologi Peningkatan-X pintar ASRock, meningkatkan kelajuan APU kini boleh menjadi proses mudah yang hanya melibatkan memicit satu butang.‖
Asus: ―APU generasi kedua AMD Siri A adalah ideal untuk pembina PC meja dan pemain permainan komputer lazim, kata Joe Hsieh, pengurus besar Unit Perniagaan Papan Induk Asus. ―Papan induk ternama kami yang dilengkapi pemproses terulung ini memberikan para pelanggan satu pengalaman imersif, laluan peningkatan mudah dan harga yang mampu milik.‖
ECS: ―Prestasi, harga dan opsyen peningkatan generasi kedua APU AMD Siri A bakal menjadikan produk-produk ini amat popular dengan pelbagai golongan peminat PC yang membina sistem baru atau bakal meningkatkan sistem mereka, kata David Chien, naib presiden Unit Perniagaan Saluran ECS. ―Kami tidak sabar untuk membekalkan para peminat ini dengan ciri-ciri stabiliti dan prestasi dalam papan induk khas bersadur emas A85F2-A Golden FM2.‖
GIGABYTE: ―Dengan platform APU generasi kedua AMD, GIGABYTE kini membawa beberapa teknologi eksklusif kepada platform AMD buat kali pertama, termasuk teknologi Ultra Durable 5 baru kami dan pembekalan Digital Power, komen Henry Kao, naib presiden Unit Perniagaan Papan Induk GIGABYTE. ―Teknologi ini bakal membantu siri papan induk FM2 GIGABYTE akan menerima prestasi grafik dan pemprosesan maksimum daripada APU AMD Siri A yang baru lagi serba menarik.‖
MSI: ―Menggabungkan APU generasi kedua AMD Siri A dengan papan induk FM2 baru MSI mewujudkan sebuah platform yang menawarkan prestasi fleksibiliti dan permainan komputer yang tidak pernah wujud sebelum ini, khususnya dengan ciri-ciri yang mudah digunakan seperti MSI OC Genie,‖kata Ted Hung, naib presiden Jabatan Papan Induk MSI. ―Kami bersedia menarik perhatian pasaran dengan produk berprestasi tinggi lagi stabil yang merupakan perumah unggul untuk APU baru AMD.‖
Sumber-sumber sokongan
- Dapatkan foto dan pelbagai bahan sokongan lain mengenai APU generasi kedua Siri A
- Dapatkan berita terkini mengenai AMD di http://blogs.amd.com/fusion/
- Tonton demo APU AMD di Saluran YouTube AMD
- Ikuti perkembangan berita dari AMD melalui Twitter di @AMD_Unprocessed