RM500,000 Milik ‘JOZAN’ Selepas Bergelar Juara Maharaja Lawak Mega

Selepas hampir 10 minggu berhempas pulas,akhirnya Jozan berjaya menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2012 yang diadakan di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Johor Bahru. Dengan itu, habuan RM500,000 serta sebuah trofi sah menjadi milik mereka. Gelaran naib juara pula, milik Jambu dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi.Tempat Ketiga pula dimenangi oleh Shiro yang membawa pulang RM150,000 beserta sebuah trofi.

Bagaimanapun, kumpulan Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Nabil terpaksa akur dengan kedudukan di tangga keempat. Mereka hanya mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi. Manakala satu-satunya kumpulan dari Indonesia, Saywho di tempat kelima dan menerima RM15,000 berserta trofi.Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal – tema yang sama seperti musim lalu.

Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 70 peratus daripada juri dan selebihnya undian penonton di rumah.

Juri tetap terdiri daripada Awie, Lisa Surihani, Wulan Guritno (dari Indonesia) dan Najip Ali (dari Singapura). Hampir 10,000 orang penonton membanjiri stadium MBJB malam semalam.

 

[nggallery id=135]

Check Also

Program Selekoh Akhir PTTI tayangan perdana dokumentari Selekoh Akhir The Untold Story Behind The A's

PTTI CIPTA KELAINAN ANJUR TAYANGAN PERDANA “SELEKOH AKHIR – THE UNTOLD STORY BEHIND THE A’S” DEMI BANTU CALON SPM

PTTI sekali lagi membuktikan komitmennya dalam membantu kecemerlangan akademik apabila menganjurkan tayangan perdana dokumentari “Selekoh …

510 Renegades Showcase 2026 di Odeon Kuala Lumpur pada 28 November 2026

510 RENEGADES SHOWCASE 2026 BAKAL GEGARKAN ODEON KUALA LUMPUR

Peminat muzik tempatan bakal disajikan dengan sebuah persembahan istimewa apabila 510 Renegades Showcase 2026 diumumkan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *