Dato’ Ruby Khong Rangkul Anugerah Tertinggi Bella Awards

 

Intan (Producer), Airin Zainul (GGM ntv7 & 8TV), Fara Fauzana, Dato Ir Rosaline, Dato Ruby, Gillian Hung, Debbie Goh, Dr Premitha, Low Ngai Yuen

Bella Awards yang julung kali diperkenalkan oleh ntv7 ternyata tidak menghampakan apabila anugerah yang memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada wanita bukan sahaja  berjaya mengangkat martabat wanita malah merupakan acara penuh glamor.Rata-rata tetamu istimewa yang menghadiri majlis tersebut tampil menawan dengan busana pilihan bertemakan “She Sparkles” mewarnai acara karpet merah. Antara yang menarik perhatian adalah Nasha Aziz, Deborah Henry, Aishah Sinclair, Fazura, Lina Teoh, Alex Yoong, Amber Chia, Soo Wincci dan ramai lagi.

Acara kemuncak yang bersiaran tepat jam 9 Malam pada 2 Mac itu menyaksikan Dato’ Ruby Khong merangkul anugerah tertinggi Bella Awards di atas sumbangan dan minatnya yang mendalam dalam berbakti kepada masyarakat. Usahawan wanita berjaya itu sememangnya wajar diangkat dalam memberi inspirasi kepada ramai lagi kaum hawa di luar sana untuk terus berjaya.

“Saya berharap anugerah ini akan mendorong wanita-wanita di luar sana untuk lebih berani dan keluar dari zon selesa mereka untuk membuat perubahan dan mengejar impian sebenar mereka” kata Dato’ Ruby Khong.

Tidak ketinggalan adalah anugerah “Bella On-stage Award” yang membuktikan Dato’ Siti Nurhaliza tetap menjadi pilihan ramai berdasarkan undian sms dan dalam talian. Walaupun tidak hadir pada malam itu, Siti tetap menghantar wakil menghadiri acara penuh makna itu. Beliau juga sempat menghantar pesanan sms penghargaannya kepada pihak ntv7 yang ditujukan kepada para peminat yang tidak jemu-jemu menyokong perjalanan kerjayanya selama ini. Malah anugerah itu merupakan bukti kesetiaan peminat-peminat beliau selain memberi ucapan syabas kepada produksi Bella.

Manakala Fara Fauzana mengungguli anugerah “Bella Radio Award” menewaskan calon-calon lain seperti Serena C, Dilly, Sara Jane-lo dan Yoon Ng. Fara yang terkejut dengan kemenangannya malam itu berucap pendek dan berterima kasih kepada para pengundi dan dan merupakan satu lagi lembaran baru dalam anugerah urban perprofil tinggi ini.Malah Debbie Goh yang dilihat memiliki peluang tipis berjaya merangkul anugerah “Bella On-screen Award” mengalahkan calon kegemaran lain seperti Maya Karin, Lisa Surihani dan Nur Fazura. Ternyata Debbie Goh yang juga Pelakon Wanita Popular Golden Awards tetap mempunyai bisanya tersendiri.

Bella Awards juga melihat nama-nama yang bukan lagi asing memenangi kategori-kategori lain seperti Low Ngai Yuen (Bella Creative Award) yang amat terkenal dengan melalui pengacaraannya dalam 3R dan Gillian Hung (Bella Style Award) yang sudah lama dalam industri fesyen.Sementara itu, “Bella Business Award” diungguli Datuk Ir. Rosaline Ganendra  di atas pencapaiannya dalam dunia perniagaan, Dr. Premitha Damodaran pula memenangi “Bella Beautiful Award”.

Turut mememenagi anugerah pada malam itu adalah atlet negara Cheong Jun Hoong untuk “Bella Sports Award” dan anugerah pengiktirafan khas golongan lelaki, Datuk Jimmy Choo menerusi anugerah “Bella Mars Award”.Selain Rossa dan Joe Flizzow,  penyanyi tampan Marcell Siahaan  dan kumpulan Maliq & D’ Essentials yang juga diterbangkan dari Indonesia bagi meraikan wanita di anugerah tersebut. Marcell membuat persembahan ketika segmen “Fashion Rocks” yang menampilkan 12 koleksi pereka terkenal, Datuk Radzuan Radziwill yang direka khas untuk acara Bella Awards.

Bella Awards 2013 menampilkan bintang sensasi antarabangsa dalam industri hiburan Cina, Gary Chaw yang merupakan penyanyi Malaysia yang telah menempah nama di Taiwan. Selain mereka, turut berkongsi pentas adalah penyanyi Malaysia termasuklah puteri pop Mizz Nina dan Darren Ashley serta kumpulan wanita yang sedang meningkat naik, The Impatient Sisters.Tirai malam itu disempurnakan dengan persembahan mantap artis antrabangsa yang ditunggu-tunggu, Ronan Keating yang menyampaikan hits “When You Say Nothing At All” dan lagu terbarunya, Fires.

Bella Awards 2013 dianjurkan oleh ntv7 bersempena Hari Wanita Sedunia. Ia juga merupakan rancangan anugerah wanita pertama seumpamanya yang diadakan untuk merai, mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada golongan wanita di negara ini.

Check Also

Astro Persembahkan Drama ‘Berbahagi Suami’ – Menyingkap Realiti Poligami Dari Kaca Mata Isteri Kedua

Astro, peneraju utama hiburan di Malaysia, kembali dengan drama terbaharu berkisarkan konflik rumahtangga bertajuk ‘Berbahagi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *