Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Kumpulan Senario (Wahid, Mazlan, Azlee), Raja Azura, Sabri Yunus dan Faizal Ismail (FBI) merupakan nama-nama besar dalam industri hiburan tempatan. Kewibawaan mereka dalam bersketsa komedi dan menyanyi ternyata tidak boleh dinafikan dan mereka ini layak bergelar Sifu. Berbekalkan pengalaman, ilmu serta bakat yang dimiliki, bermulalah peranan kesemua Sifu ini untuk memberikan tunjuk ajar serta menggilap bakat anak didik pilihan masing-masing berkaitan dengan bidang sketsa komedi dan nyanyian bagi memperlengkapkan diri sebagai penghibur versatil.
Sepanjang 15 episod, BMB menampilkan Adibah Noor sebagai pengacara program. Selain itu, BMB turut menampilkan nama besar di dalam industri tanah air, ikon yang cukup berpengalaman dan sememangnya ‘otai’ di dalam bidang hiburan iaitu Fauziah Ahmad Daud dan A.R. Badul sebagai juri tetap untuk program ini.
Sementara itu, penonton berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat kesemua anak didik BMB menerusi KOMIK BMB yang akan disiarkan selama 30 minit pada setiap hari Ahad jam 5.00 petang. Program yang dihoskan oleh pelakon Taiyuddin Bakar atau lebih mesra dengan panggilan Tai ini juga akan membawa penonton melihat gelagat anak didik serta perkara-perkara yang bakal terjadi ketika mereka menghadiri kelas latihan dan juga perkara-perkara yang berlaku semasa mereka membuat persiapan untuk berentap di pentas BMB. Selain itu, penonton juga boleh mengikuti perkembangan para anak didik BMB menerusi program 2 minit, BLOG BMB setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 10.00 pagi dan 1.00 pagi.
Untuk musim pertama ini, format permarkahan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu 50% daripada juri profesional, 30% melalui undian SMS dan 20% daripada juri awam yang terdiri dari kalangan pelajar seni persembahan, wartawan, golongan semi-profesional dalam industri sketsa komedi dan nyanyian. Juara BMB akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM200,000.Menerusi paparan sepanjang sesi uji bakat yang disiarkan dalam satu episod pertama BMB pada 3 Mac 2013, pelbagai karenah, ragam dan aksi para para anak didik dapat disaksikan hanya kerana ingin bergelar anak didik BMB. Ikuti program BMB yang diterajui oleh Penerbit Eksekutif, Muhamad Sufian Isa pada setiap hari Ahad jam 9.00 hingga 10.30 malam.
Di samping itu,’Bintang Mencari Pasal’ yang merupakan program spin off daripada BMB bakal disiarkan menerusi TV9 bermula 13 April 2013 setiap hari Sabtu jam 9.30 malam. Menerusi program 30 minit yang dihoskan oleh pelakon Joey Daud, para penonton dapat menyaksikan gelagat anak didik BMB bersama Sifu tampil membuat persembahan seperti nyanyian, berlakon serta membuat sketsa komedi di hadapan khalayak ramai di sekitar lokasi menarik seperti di Pasar Seni, Bukit Bintang, Padang Kota Pulau Pinang dan banyak lagi.
Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang BMB, penonton boleh melayari laman sesawang rasmi BMB di www.tv3.com.my/bintang serta laman sosial Facebook & Twitter TV3Malaysia. Pengguna laman sosial Twitter boleh menggunakan ‘hash tag’ (#bintangTV3) untuk menghangatkan lagi bahang BMB!
Senarai Nama Anak Didik Bintang Mencari Bintang TV3
Sifu : Sabri Yunus
Kumpulan Titan : Azizul Ammar Bin Abu Hassan
Fazlisham Bin Mat Hussin
Bog Too : Nor Alif Bin Mohd Mokhtar
Mohamad Shafiq Bin Raside
Sifu: Raja Azura
Kelawak : Syed Atiq Bin Wan Long
Muhd Maaruf Bin Zamani Lim
Awok : Filzah Binti Azmi
Nurul Ain Binti Othman
Sifu: Afdlin Shauki
Bowl : Muhammad Danial Lee Bin Muhammad Hadi Lee
Syed Ali Mubarrak Bin Syed Mohd Ridzuan
Bocik : Muhamad Fadzlie Bin Mohd Nizam
Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Ridzuan
Sifu: Faizal Ismail
Ajo : Wan Azrul Bin Azizan
Tapaw : Mohd Shahrizal Bin Sulaiman
Khairul Faiz Bin Sulaiman
Sifu: Harun Salim Bachik
Achey : Mohd Nasir Bin Hamzah
Xoxo : Mohd Hazwan Bin Mohd Azani
Hazmeer Bin Hassan
Sifu: Senario
Gegau : Mohd Saffuan Samsuddin
Faizal Ibrahim
Tocai : Mohamad Tarmizi bin Mustafa
Mohd Faizal Bin Mat Saad