Remy Ishak Tarik Diri Berlakon Teater M.BUTTERFLY

Pelakon TV Paling Popular Berita Harian (2009 & 2010) dan Pelakon Filem Terbaik Anugerah Skrin TV3 (2011), Remy Ishak menyatakan hasratnya untuk menarik diri daripada berlakon dalam produksi teater M.BUTTERFLY yang dijadualkan dipentaskan bermula 11-14 April 2013 ini di Blackbox, PUBLIKA Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Remy (31 tahun) memaklumkan kepada pihak produksi bahawa pihak pengurusannya tidak bersetuju untuk beliau memainkan naskah M.BUTTERFLY yang mempunyai elemen seksual dan politik.Drama  yang diinspirasikan oleh opera Madama Butterfly Giacomo Puccini memaparkan watak utama, Rene Gallimard, yang merupakan seorang kakitangan awam dihantar untuk bekerja di kedutaan Perancis di China. Gallimard jatuh cinta dengan diva opera China, Song Liling, yang sebenarnya seorang lelaki menyamar sebagai seorang wanita.

M.BUTTERFLY pernah dipentaskan di Euqene O’Neill Theatre, New York Amerika Syarikat pada 20 Mac 1988 hingga 27 Januari 1990 selama 777 kali pementasan yang diarahkan oleh John Dexter dan pernah difilemkan selama tiga kali yang berlainan pengarah iaitu David Cronenberg, Jeremy Irons dan John Lone. Selain itu filem M.Butterfly pernah memenangi dua anugerah iaitu Cerita Terbaik di Drama Desk Award dan Tony Award pada tahun 1988.

Peranan yang dimainkan oleh Remy Ishak akan dipikul oleh Benjy. Benjy (35 tahun) mula berkecimpung dalam dunia lakonan seawal usia satu tahun. Beliau muncul buat pertama kali dalam drama hitam putih, Lembayung Petang. Sejak itu, Benjy membintangi banyak drama televisyen, siri komedi, filem dan pementasan teater. Antaranya ialah Perempuan, Kembali, Baginda, Kampungku, Buddies, Hanya Untukmu, Charlie’s Aunty, Spilt Gravy on Rice dan Kerana Cintaku Saerah (Jibek). Benjy pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin untuk lakonannya dalam drama Kembali dan Hanya Untukmu. Kemenangannya dalam Kembali mencatatkan kali pertama dalam sejarah Malaysia di mana ibu (biduanita Azean Irdawaty) dan anak dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik dalam drama yang sama. Beliau juga pemenang termuda dalam kategori itu.

Pementasan M.BUTTERFLY karya asal David Henry Hwang ini akan diarahkan oleh Mislina Mustaffa, pelakon/pengarah teater dan filem. M.BUTTERFLY yang bakal dipentaskan ini merupakan teater yang dialih bahasa dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.Pementasan produksi Rumah Anak Teater (RAT Production) ini mendapat geran pengurangan kos produksi kelolaan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) dan menjadi sebahagian daripada MAP Festival yang berlangsung 23Mac-21 April di PUBLIKA, Sloaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Check Also

Poster drama Safira menampilkan Datin Elvina Mohamad sebagai Safira dalam dunia glamor T20.

SAFIRA BUKAN NAMA CERITA KEKUATAN SEORANG WANITA

Dunia elit sering disalah anggap sebagai dunia serba indah. Namun di sebalik kemewahan, terselit kisah …

Nora Danish berhijab bergaya moden dalam koleksi Amber Oasis 2.0 Mirage berinspirasikan padang pasir.

PESONA NORA DANISH DALAM AMBER OASIS 2.0: MIRAGE CIPTA DEFINISI BAHARU FESYEN BERHIJAB

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal Nora Danish terus mencuri tumpuan apabila tampil berhijab dengan penuh anggun …

Leave a Reply