3R Kembali!!!Lebih Mesej Untuk Wanita Alaf Baru

Yuen, Rafidah, Tini & Azah

3R (Respek, Relaks, Respon), sebuah program TV yang membincangkan isu-isu berkaitan kaum wanita khususnya golongan remaja secara terbuka dan tanpa berselindung telah diperkenalkan pada tahun 2000 sebelum laman sosial Facebook hadir dalam kehidupan harian kita. Bakal memasuki musim yang ke-14 pada tahun ini, 3R yang sudah bersiaran melebihi satu dekad ini kini kembali dengan konsep dan barisan hos yang baru.

3R pernah membariskan Azah Yasmin Yusof (Azah), Rafidah Abdullah (Rafidah), Low Ngai Yuen (Yuen), Kartini Ariffin (Tini)  dan Celina Khor (Celina)  sebagai hos. Bermula dengan Azah, Rafidah dan Yuen pada musim pengenalannya, persembahan sketsa yang melakon semula isu atau masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat kita berjaya mengubah persepsi para penonton bahawa isu-isu berkaitan sosial bukanlah sesuatu yang berat dan sukar difahami.

Masihkah 3R relevan pada zaman teknologi ini apabila kaum wanita sudah mampu bersaing dengan kaum lelaki? Menurut Penerbit Eksekutif 3R, Datin Paduka Marina Mahathir, “Walaupun kaum wanita merupakan 50% daripada populasi masyarakat Malaysia tetapi golongan ini masih tidak mendapat peluang yang sama rata dalam bidang politik, perniagaan mahupun akademik. Masih ada segelintir wanita Malaysia yang berasa kurang selamat walhal wanita di peringkat global telah melangkah maju dan sentiasa yakin dalam menentukan hala tuju hidup dan mengejar cita-cita mereka.”

Bakal disiarkan menerusi TV3 bermula Ogos 2013, 3R meneruskan usahanya untuk memperkasakan wanita muda dengan pelbagai mesej positif dan progresif. Menurut Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, TV3 & TV9, “TV3 sentiasa berusaha untuk memberikan program TV yang terbaik untuk para penonton. Program 3R umpama sahabat baik kepada kaum wanita dalam berkongsi pelbagai masalah sosial yang berlaku di sisi mereka. Menerusi gelagat dan keletah yang bersahaja daripada hos berjaya mencuri perhatian daripada golongan remaja dan wanita muda untuk sama-sama mengambil berat tentang isu-isu sosial yang berlaku di persekitaran. Program 3R yang padat dengan info dan cukup menghiburkan ini menepati citarasa dan kehendak penonton TV3, kami yakin bahawa 3R bakal menerima sambutan yang menggalakkan daripada penonton kami.”

Bagi menghangatkan lagi musim terbaru 3R ini, 3R Media selaku penerbit dengan kerjasama TV3 telah melancarkan pencarian hos baru di kalangan wanita muda yang berumur antara 21 hingga 26 tahun. Tidak dapat dinafikan bahawa personaliti menarik daripada Azah, Rafidah, Yuen, Tini dan Celina telah menjadikan 3R sebuah jenama yang kukuh dalam hati penonton, justeru, hos baru yang bakal menyambung legasi 3R perlu mempunyai faktor X yang dicari.

“Kami mahu mencari wanita muda yang mempunyai pendirian dan idea-idea, mengambil berat dan sentiasa peka tentang isu-isu sosial. Sebagai generasi muda yang bertanggungjawab dalam pembangunan masyarakat dan masa depan negara, mereka juga perlu berani menyahut cabaran dan sentiasa memperbaiki kelemahan diri dan berusaha ke arah dunia yang lebih sempurna. Justeru, pencarian hos baru bukan sekadar rupa paras tetapi juga personaliti yang unik dan menarik. Kami menyeru agar wanita muda di Malaysia, tidak mengira kaum, merebut peluang ini kerana ia bukan hanya peluang muncul di TV tetapi penglibatan anda semua untuk bersuara dalam media massa yang menjadikan kempen ini lebih bermakna.” Tambah Lina Tan.

Dari Kiri, Sherina Nordin; Datin Paduka Marina Mahathir; Low Chooi Hoon & Lina Tan

3R menampilkan Garnier dan Maybelline sebagai penaja utama. “Pendirian dan kandungan 3R yang kini kembali adalah selaras dengan hala tuju Garnier dan Maybelline.” Kata Low Chooi Hoon, Pengurus Besar Loreal, Divisyen Produk Pelanggan. “Garnier dan Maybelline komited untuk menghidupkan inspirasi dan memperkasakan golongan remaja dan wanita muda hari ini.” Tambah Low Chooi Hoon.

3R bakal menemui penonton TV3 dengan ‘Projek 3R’ yang memaparkan pemilihan hos 3R pada setiap hari Sabtu jam 6.00 petang bermula 24 Ogos hingga 5 Oktober 2013, setiap Sabtu jam 6.00 petang. Musim terbaru 3R yang menampilkan trio hos yang berjaya dalam pencarian hos 3R 2013 akan mula bersiaran selama 13 episod pada 20 Oktober 2013, setiap hari Ahad jam 7.30malam, semestinya di TV3!

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai pencarian hos 3R yang sedang rancak dijalankan pada bulan Mei dan Jun 2013, sila layari laman sesawang rasmi, www.3r.com.my,  dan ikuti perkembangan terkini daripada 3R menerusi Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube di bawah akaun nama 3R Malaysia.

Check Also

Astro Persembahkan Drama ‘Berbahagi Suami’ – Menyingkap Realiti Poligami Dari Kaca Mata Isteri Kedua

Astro, peneraju utama hiburan di Malaysia, kembali dengan drama terbaharu berkisarkan konflik rumahtangga bertajuk ‘Berbahagi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *