Selepas di Korea, Jepun, China, Taiwan Hong Kong, Thailand dan Indonesia, konsert G-Dragon 2013 1st World Tour : One of a Kind in Malaysia, Kuala Lumpur menjadi destinasi kedua terakhir pemilik nama sebenar Kwon Ji-yong atau lebih dikenali seantero dunia dengan nama pentasnya, G-Dragon (GD), meneruskan persembahan penuh memukau di hadapan lebih lebih 25 000 peminat.
Tepat jam 8.10 malam, tirai konsert dibuka dengan klip video GD memecut dengan kereta sport melintasi alam semesta CGI. Dia hilang kawalan lalu merempuh terus dinding dan terus ‘menembusi’ pentas dengan sebuah props kereta kaca futuristik dan langsung menyanyikan single terbarunya, MichiGo (Go Crazy). Tanpa membuang masa, ketua grup sensasi Korea, BigBang, ni meneruskan dengan lagu pertama projek solonya,Heartbreaker. “What’s up Malaysia!!! Selamat datang ke konsert saya!”, sapa GD lalu diteruskan dengan laguOne Of The Kind.
Selepas beberapa minit meninggalkan pentas, GD kembali menerusi segmen kolaborasi yang menampilkan dua artis undangan. Lagu pertama, Light It Up, menyaksikan paduan GD dan Tablo. Gamat satu stadium kerana sangka peminat, Tablo muncul di pentas tapi rupa-rupanya… hanya di skrin. Kemudian giliran tetamu kedua, ditampilkan CL (anggota kumpulan 2NE1) menerusi lagu The Leaders. GD di pentas, CL di skrin, style!
GD kembali solo, kali ini membawa peminat ke mood lebih sentimental dengan lagu Butterfly – ketika lagu ini, props ‘rama-rama gergasi’ memenuhi pentas. Disusuli Missing You, versi akustik. “Hey!!! Anda semua seronok?! Saya rindu awak semua!!! Seronok dapat kembali ke sini dan berjumpa lagi dengan anda semua!”, sapanya sekali lagi kepada peminat.
Konsert kembali rancak bila mana GD mendengdangkan Without You, Shine a Light dan Today sambil figura berusia 25 tahun ini menunjukkan kelebihannya ber-DJ. Turut dipersembahkan lagu This Love, One Year Station, Obsession, Breath dan She’s Gone, sebelum meninggalkan pentas. Suasana tiba-tiba bertukar cemas apabila GD tersangkut (2 kali) ketika membuat aksi ala meluncur di tali namun beberapa saat dia tergantung, dan kemudian selamat mendarat ke pentas lalu menyanyikan lagu Crayon. Istimewa buat peminat, didendagkan dua lagu hits BigBang, Fantastic Baby dan Bad Boy.
Menelan kos RM4.5 juta, dengan props yang gah, pencahayaan yang sangat menakjubkan, gimik dan showmanship dramatik. Ditambah dengan penampilan istimewa Taeyang muncul mendendangkan Where You At dan Break Down. Secara keseluruhan, konsert selama 2 jam anjuran Running Into The Sun (RITS) ini berjaya membuktikan penerbit, penulis lirik, penyanyi, ikon fesyen ini adalah seorang penghibur sejati.
“Terima kasih kerana tersu menyokong saya. Saya pasti akan kembali lagi ke sini. Jangan lupa dapatkan album solo saya yang terbaru pada Ogos ini. Saya akan kembali ke sini lagi dengan saudara-saudara saya, BigBang. Saya harap anad tidak akan melupakan saya”, pesannya kepada peminat sebelum beredar meninggalkan pentas.
[nggallery id=172]