SALAMMUSIK Bakal Berpuasa & Beraya Di Eropah

Salammusik bakal berpuasa serta beraya sekali di eropah pada tahun ini kerana mereka akan mengadakan persembahan di empat buah negara iaitu Belanda,Perancis,Belgium dan United Kingdom. Ia akan meliputi 7 festival dan 8 live venue.

Salammusik bakal berangkat ke sana pada 29 Jun ini untuk persiapan awal. Ini kerana persembahan pertama mereka bakal diadakan di BuitenWesten Festival, Amsterdam  pada 21 Julai depan. Diantara festival-festival yang bakal mereka adakan persembahan adalah BuitenWesten Festival,Landjuweel Festival,Sonnevanck,Solar Weekend Festival dan Magneet Festival. Apa yang menariknya adalah mereka akan persembahkan lagu-lagu melayu di festival-festival ini.

Ketika ditanya mengenai persiapan untuk persembahan, ‘Kami sudah pun membuat persediaan hampir setahun namun ia masih belum mencukupi bagi kami.Ini kerana ia memerlukan mental dan fizikal yang kuat ketika membuat persembahan di festival-festival ini,’ ujar Salam.

‘Buat masa ini kami hanya mendapat tajaan baju dari Kuku Besi, MotioFixo untuk videography serta D’Chorus Studio untuk equipment serta tempat jamming,’tambah beliau.

Salammusik bakal mengadakan persembahan showcase ‘Musical Express’ di Laundry,The Curve pada 26 Jun jam 7.30 malam. Antara artis-artis yang bakal mengadakan persembahan juga adalah seperti DJ Fuzz, Altimet, Dose Two, Pita hati dan Diandra Arjunaidi.

 

Check Also

Ari Lesmana KL konsert Mangu di Zepp Kuala Lumpur

ARI LESMANA KL BAWA MANGU KE ZEPP, TIKET JUALAN 2 APRIL 2026

Aura emosi, eksperimen muzik dan hype peminat mula terasa apabila Ari Lesmana KL akhirnya diumumkan …

DRE Coffee Cyberjaya kafe 24 jam konsep AI komuniti moden

DRE COFFEE CYBERJAYA BUKA 24 JAM, KONSEP KOPI AI CETUS PERHATIAN

Cyberjaya kini ada pemain baru yang tak datang main-main. DRE Coffee Cyberjaya tampil dengan konsep …

Leave a Reply