Ashraf Muslim Mengaku Sudah Nikahi Sakinah di Thailand

Akhirnya semua sudah terjawab. Spekulasi selama ini mengatakan pelakon dan pengamal perubatan Islam Ashraf Muslim  bakal berkahwin dengan gadis bernama Sakinah bukan lagi khabar angin semata.

Memetik laporan mStar online, Mahkamah Tinggi Syariah hari ini diberitahu pemilik nama sebenar Mohd. Ashraf Muslim, 32, sudah bernikah kali kedua dengan wanita yang digosipkan dengannya itu atau nama sebenarnya, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, di Thailand pada Ahad lalu.
Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab membenarkan Ashraf menarik balik permohonannya untuk berpoligami yang difailkan pada hari ini (Rabu) selepas dia mengaku telah bernikah dengan wanita tersebut.
Ashraf turut memiliki isteri pertama iaitu Noor Dayana Lokman, 26, yang juga anak kepada pengasas Pusat Perubatan Islam Al Hidayah di Setiawansga.
Mereka bernikah di Mekah pada 30 Ogos 2011 dan tidak memiliki zuriat.
Berikutan pengakuan Ashraf itu, mahkamah memerintahkannya membayar kos mahkamah sebanyak RM8,000 kepada Noor Dayana.

credit mD & mStar

Check Also

Iman Troye dan Asslahierah menerusi pelancaran Jung Jung Inai

IMAN TROYE JUNG JUNG INAI HIDUPKAN KEMBALI IRAMA TRADISI

SUNGAI BULOH – Iman Troye Jung Jung Inai membuka lembaran baharu buat penyanyi muda itu apabila …

Hikayat Nusantara di Kayangan Aneka Walk Shah Alam

HIKAYAT NUSANTARA BAWA WARISAN MELAYU KE PENTAS MODEN

SHAH ALAM – Kekayaan budaya Melayu dan Nusantara kini tampil dalam pendekatan lebih segar menerusi …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *