Tiket Linkin Park ‘Living Things’ World Tour Live Di Malaysia 2013 Berharga RM95 dan RM550 Habis Dijual

Tiket bagi menyaksikan konsert Linkin Park, ‘Living Things’ World Tour Live Di Malaysia 2013 bernilai RM95 (M3) dan RM550 (The Pit) telah habis dijual sekaligus menjadi petanda bahawa kumpulan muzik terkenal itu sudah bersedia untuk menghiburkan peminat mereka dari Malaysia dan luar negara menerusi konsert yang bakal diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 19 Ogos depan, jam 8 malam.

Konsert ini dianjurkan oleh The WonderLand+ dan disokong oleh Malaysia Major Events, sebahagian dari Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Dengan kehadiran kumpulan muzik rock terkenal ini serta bersempena dengan kempen promosi Tahun Melawat Malaysia 2014, konsert ini bakal menjadi tarikan besar di dalam negeri dan negara-negara serantau. Dengan masa yang terhad di Asia, kumpulan ini khususnya memilih Kuala Lumpur, Malaysia sebagai lokasi persembahan mereka di Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB, En. Zulkefli Hj Sharif berkata “Sokongan kami menggambarkan situasi sebenar industri hiburan yang kian kukuh sejak kebelakangan ini di Malaysia. Kami menyasarkan untuk membida dan mendapatkan banyak lagi acara hiburan utama untuk dianjurkan di sini dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah destinasi pilihan untuk hiburan di rantau ini. Ini turut dibuktikan dengan keputusan Linkin Park untuk menjadikan Malaysia sebagai lokasi persembahan di rantau ini. ”

Persembahan ini bakal menarik 5,000 peminat serantau untuk mengunjungi Kuala Lumpur bersempena konsert berprofil tinggi ini. Sejajar dengan cuti musim panas di kebanyakan negara, pelancong boleh mengambil kesempatan ini untuk tinggal dan berkunjung ke beberapa lokasi tarikan utama di Malaysia. Dianggarkan kehadiran pelancong ke Malaysia dalam tempoh masa ini mampu menjana wang sebanyak RM23 juta untuk ekonomi tempatan.

Konsert yang dinanti-nantikan sejak sedekad lalu ini, bakal menguja peminat-peminat kerana Linkin Park sendiri berjanji akan memberikan persembahan terbaik nanti! Konsert ini ditaja oleh Ford Fiesta dan Etiqa Insurance Berhad, Rakan Penyelaras Impresario Music, syarikat rakaman Warner Music Malaysia,hitz.fmsebagai radio rasmi dan disokong oleh ERA fm manakala stesen TV rasmi adalah TV3, ntv7, 8TV dan TV9. Saluran kabel antarabangsa pula adalah FOX International Channels. Aloft Hotel KualaLumpur Sentral pula bertindak sebagai hotel rasmi, dan rakan promosi lain termasuk KKBOX, Speedy, Rock Corner dan Club 99. Selain itu, platform pesanan mudah alih, LINE dan syarikat penerbangan AirAsia juga turut bergiat sama dalam mempromosikan konsert ini.

Tiket yang masih ada termasuk tempat duduk bebas iaitu RM195 (M2) & RM295 (M1), dan juga tiket berdiri bebas RM350 (Zon Playground), RM450 (Zon Rock) dan RM680 (VIP). Tiket boleh dibeli dengan melayariwww.ticketcharge.com.myatau dengan menghubungi (+60) 3 9222 8811. Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web: www.linkinparkmalaysia.comatauwww.facebook.com/thewonderlandplus

Check Also

Astro Persembahkan Drama ‘Berbahagi Suami’ – Menyingkap Realiti Poligami Dari Kaca Mata Isteri Kedua

Astro, peneraju utama hiburan di Malaysia, kembali dengan drama terbaharu berkisarkan konflik rumahtangga bertajuk ‘Berbahagi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *