Jom Ke Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA ERA fm 31 Ogos ini

Pasti ramai yang ternanti – nanti acara yang melibatkan ramai artis ternama serta jaguh-jaguh bolasepak tanahair beraksi di gelanggang ERAVAGANZA hujung bulan Ogos ini! Bertempat di Hotel Majestic Kuala Lumpur pada 1 Ogos lalu, berlangsungnya majlis berbuka puasa ERA fm dan sidang media ERA fm bersama – sama para penyampai radio ERA fm , para artis, dan wakil Astro Arena.

Salah satu acara yang telah dilancarkan adalah, pelancaran Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA oleh Pengurus Radio ERA fm Nazri Noran dan wakil dari Astro Arena.  “Kito monang yooo..kito monang yoooo” , itulah sebahagian dari lirik lagu tema Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA yang kini          menjadi siulan pendengar ERA fm! Perlawanan bola sepak persahabatan yang  di beri nama  Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA ini bakal di anjurkan pada hari Sabtu, 31 Ogos 2013,  bertempat di Stadium Hang Jebat, Melaka bermula jam 3 petang.

Berkongsi tarikh kemerdekaan negara, tanggal 31 Ogos,  ERA fm melakar sejarah tersendiri apabila berjaya memberikan pengalaman dan kenangan manis kepada peminat radio mereka dengan menganjurkan acara sebegini yang menggabungkan banyak pihak seperti selebriti sukan, para artis dan media serta penyampai ERA fm sendiri.

Perlawanan bersejarah yang melibatkan pasukan ERA FC berentap dengan  ALL STARS FC boleh ditonton oleh semua lapisan masyarakat secara percuma! Paling menarik, orang ramai berpeluang menyaksikan gelagat penyampai – penyampai radio ERA , para artis tanahair seperti Black, Nomad, Firman, Forteen , Fiq serta ramai lagi yang bakal menggegarkan gelanggang bola sepak ERAVAGANZA nanti!

Selain itu, barisan selebriti sukan yang turut beraksi seperti Santokh Singh, Soh Chin Aun, Azlan Johar, Azman Adnan dan ramai lagi mewakili pasukan ARENA ALLSTARS FC. Sebaliknya, pasukan ERA fm pula menggelarkan diri mereka sebagai ERA FC.

Pada hari tersebut, ERA fm membawakan muzik – muzik terbaik secara langsung  dan tidak berbayar buat para penonton yang hadir pada malam itu jam 8.30 malam.Konsert ERAVAGANZA menampilkan ramai artis popular tanahair seperti Najwa Latif, Waris , Forteen , Faizal Tahir dan Black. Manakala, Firman dan Shae yang di terbangkan khas dari Indonesia turut memeriahkan lagi acara pentas ERAVAGANZA nanti. Konsert yang bakal berlangsung di sebelah malam itu bakal menanamkan bibit- bibit indah buat semua penonton yang hadir menyaksikan persembahan artis kesayangan mereka secara lebih dekat.

Pastikan anda meluangkan masa bersama semua penyampai dan artis kegemaran anda hujung bulan ini! Jumpa barisan penyampai ERA fm bakal membuat penampilan istimewa di Fiesta Muzik & Bola  ERAVAGANZA pada 31 Ogos 2013, jam 3 petang di Stadium Hang Jebat, Melaka. Jadi, jangan lupa sertakan diri dan luangkan masa anda bersama ERA fm!

 

Check Also

Koleksi Amber Raya 2026 bertema Time for Love dengan duta jenama di Istanbul

AMBER RAYA 2026 ANGKAT KONSEP CINTA, WARISAN DAN KEANGGUNAN MODEN

Jenama fesyen tempatan Amber terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri apabila telah melancarkan kempen Raya terbaharu …

Koleksi baju kurung dan kebaya eksklusif Rizman Ruzaini Raya 2026 di Maison Rizman Ruzaini.

KOLEKSI RIZMAN RUZAINI RAYA 2026: ADUNAN HIKAYAT KLASIK DAN MODERNITI NUSANTARA

Dua dekad mengukuh dalam industri fesyen tanah air, jenama gergasi Rizman Ruzaini sekali lagi membuktikan …

Leave a Reply