Tunang Sebelah Pagi Dan Kahwin Sebelah Petang – Pekin Ibrahim

IMG_9065

Sejak kisah percintaannya bersama pelakon Uqasha Senrose tersebar beberapa bulan lalu dan menjadi bualan hangat ramai, pelakon Pekin Ibrahim sering diasak dengan pertanyaan bila dia mahu menyunting buah hatinya itu sebagai isteri yang sah.

Tetap sama seperti jawapanya diberikan sebelum ini, kata Pekin kalau boleh dia mahu segera berkahwin dengan Uqasha. Namun impiannya itu akan direalisasikan perlahan-lahan kerana banyak perkara lain yang harus difikirkan sebelum mereka bergelar suami isteri.
“Kalau boleh, esok saya nak kahwin dengan dia. Tapi pendek kata beginilah, saya berharap semua pihak dapat mendoakan yang baik-baik untuk kami.
“Saya rancang tak mahu buat majlis tunang kerana cukuplah dengan majlis merisik pada Julai lalu. Ikutkan, saya nak tunang pagi dan melangsungkan perkahwinan pada sebelah petang. Senang”, katanya ringkas.
Pekin ditemui pada sesi malam preview filem Paku Pontianak, di Sunway Pyramid, malam tadi. Filem tersebut menyaksikan gandingan pertama kali Pekin bersama Uqasha.
Dalam pada itu Pekin berkata dia sebenarnya tidak pernah memikirkan soal kahwin. Namun sejak pertama kali mengenali Uqasha hatinya terus terdetik untuk terus menajlinkan hubungan yang lebih serius dengan bekas pramugari Air Asia itu.
“Sebelum ni saya tak pernah fikir soal bercinta apatahlagi kahwin. Tapi bila pertama kali saya jumpa dia, terus saya tanya pada dia sama ada dia mahu berkahwin dengan saya atau tidak. Tercengang juga dia pada ketika itu. Tapi akhirnya dia berikan jawapan, ya dan sejak tu kami semakin rapat”, ujar Pekin lagi.
Sumber ~ MalaysianDigest

Check Also

Astro Persembahkan Drama ‘Berbahagi Suami’ – Menyingkap Realiti Poligami Dari Kaca Mata Isteri Kedua

Astro, peneraju utama hiburan di Malaysia, kembali dengan drama terbaharu berkisarkan konflik rumahtangga bertajuk ‘Berbahagi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *