Fouziah Gous Bakal Akhiri Zaman Bujang Sabtu Ini

Selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan, pelakon kacukan Pakistan-Cina-Melayu, Fouziah Gous, 30 akhirnya mengumumkan beliau bakal melangsungkan majlis pernikahan dengan kekasihnya yang juga merupakan ahli perniagaan dan perunding keewangan, Md Zhafran (Zhaf), 30, pada 21 September ini.

“Majlis akad nikah kami akan diadakan minggu depan, jam 8 malam di Dewan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong. Kami memilih 21 September tu sebab semua ahli keluarga dari kedua-dua belah pihak ada pada hari itu nanti.
“Sebenarnya, adik Zhafran yang belajar di United Kingdom terpaksa pulang ke London pada 22 haribulan. Jadi oleh sebab kami nak semua ada pada hari itu, jadi kami pilih tarikh tersebut. Kami memilih tarikh perkahwinan ni sejak tiga minggu lalu.
“Kami pilih konsep Pakistan kerana saya berdarah kacukan Cina-Pakistan”,kata Fouziah yang turut ditemani tunang tersayang di sisi.
Berita gembira tersebut dikongsikan pasangan ini sendiri pada sidang media khas yang diadakan di Naz Great Idea, Sri Kembangan, petang tadi.
Fouziah turut mengumumkan majlis persandingan mereka bertemakan Pakistan akan diadakan seminggu selepas itu iaitu pada 29 September di Hotel J.W Marriot, Putrajaya.
Lebih menarik, menurut perancang perkahwinan pasangan ini iaitu Naz, pada majlis ijabkabul nanti, suasana dewan masjid akan didekorasi ala Bandar Agra berlatarkan rona serba putih.

Manakala majlis resepsi sebelah pihak lelaki pula bertemakan Songket Tradisional dan akan diadakan pada 5 Oktober depan bertempat di kediaman keluarga Zhafran di Bukit Jelutong, Shah Alam. Pada hari tersebut majlis akan diadakan sebanyak dua sesi iaitu pada sebelah tengahari untuk sahabat dan saudara terdekat. Sementara pada sebelah malam pula untuk para tetamu VIP, rakan-rakan perniagaan dan pihak media.
Hubungan cinta Fouziah dan Zhafran terjalin selepas mereka sama-sama mengusahakan perniagaan sarang burung sejak enam bulan lalu. Pasangan ini bertunang pada 1 Jun lalu yang berlangsung di Restoran Asmara Penchala.

Check Also

Festival MotorManiac 2026 menghimpunkan budaya automotif, drift, muzik dan teknologi di MyTOWN Kuala Lumpur.

FESTIVAL MOTORMANIAC 2026 PACU ERA BAHARU BUDAYA AUTOMOTIF MALAYSIA

SHAH ALAM, 30 OGOS 2026 – Festival MotorManiac 2026 kembali dengan skala lebih besar menerusi …

1200 by 800 pixels

ZAIRITA AZLIN SHE FOR THE NATION, HARUMKAN NAMA MALAYSIA DI SRI LANKA

COLOMBO – Nama Malaysia sekali lagi mendapat perhatian di pentas antarabangsa menerusi pencapaian Dato’ Dr. …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *