PAPA JOHN’S PIZZA Buka Outlet Terbaru Di Bukit Jalil

Berjaya Papa John’s Pizza sebuah syarikat subsidiari yang dimiliki sepenuhnya oleh Berjaya Corporation dan pengusaha salah satu rangkaian piza terbesar di dunia, bakal mengukuhkan cengkamannya dalam industri makanan dan minuman (F&B) di Malaysia dengan pembukaan cawangannya yang ke-23 di Jalil Link, Bukit Jalil. Ia merupakan cawangan terbaru berkonsepkan Delivery-with-Seats (DWS) yang kelima di Malaysia, dengan selainnya adalah Restaurant-Based-Delivery (RBD).

PELAN PERTUMBUHAN YANG KUKUH DI MALAYSIA

Dikenali di serata dunia dengan falsafah perniagaannya – “Ramuan Lebih Baik, Piza Lebih Baik”, Papa John’s Pizza boleh didapati  daripada 4,300 rangkaiannya di 37 negara. Jenama piza sebutan ramai ini mula bertapak di Malaysia pada 2008 apabila Berjaya Corporation memeterai perjanjian pembangunan francais bersama Papa John’s Pizza International Inc untuk mendapatkan hak francasi tempatan.  Sejak itu, kepakaran Papa John’s telah menghadirkan kegembiraan kepada jutaan pelanggannya dengan hidangan piza  yang ditabur ramuan bermutu tinggi yang pastinya sungguh menggiurkan, tatkala mengembangkan jenamanya secara beransur-ansur di negara ini.

“Kami merancang untuk membuka enam lagi cawangan ‘Deliver-With-Seats’ pada tahun ini. Matlamat kami adalah untuk menjangkaui 100 cawangan, secara keseluruhannya, di seluruh Semenanjung Malaysia menjelang  tahun 2020. Tidak lama lagi, lebih ramai  akan berpeluang menikmati  kelazatan piza berkualiti kami. Kami juga akan memperluaskan liputan kawasan penghantaran untuk mencapai lebih ramai penggemar piza di mana jua mereka berada,” tambah Leong. Zon penghantaran Papa John’s Pizza kini lebih tertumpu di Lembah Klang, Melaka dan bandaraya Ipoh, tetapi ada perancangan untuk memperluaskan ke kawasan-kawasan lain.

 

Eric Leong

KUALITI TERJAMIN DAN AND CITARASA BERSELERA

Sebagai bukti kepada falsafah “Ramuan Lebih Baik, Piza Lebih Baik”, Papa John’s Pizza berbesar hati untuk menawarkan  yang terbaik buat penggemar piza – daripada doh (adunan tepung) asli paling segar dan tidak dibekukan, ditabur dengan sos tomato semulajadi sehinggalah 100 peratus daging tulen dan hirisan sayur-sayuran segar.

Selain menghidangkan piza-piza istimewa yang berkulit ringan, lembut dan menyelerakan, Papa John’s juga menambahbaik perisa dengan bahan tambahan signature – Sos Celup Keju Bawang Putih Istimewa dan Zesty Pepperoncini, untuk dimakan sekaligus memastikan setiap kunyahan diserikan dengan rasa sensasi yang baharu.

Bersempena dengan pembukaannya, Berjaya Papa John’s Pizza akan menyambut perisitiwa bersejarah ini dengan mengadakan satu promosi khas di cawangan Bukit Jalil, di mana bagi setiap pembelian piza bersaiz sederhana, pelanggan boleh membeli piza bersaiz sama berikutnya pada harga hanya 10 sen. Promosi ini akan berlanjutan sehingga 30 November 2013. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cawangan dan tawaran Papa John’s Pizza di Malaysia, sila layari https://www.facebook.com/PapaJohnsMalaysia.

 

Check Also

Astro Persembahkan Drama ‘Berbahagi Suami’ – Menyingkap Realiti Poligami Dari Kaca Mata Isteri Kedua

Astro, peneraju utama hiburan di Malaysia, kembali dengan drama terbaharu berkisarkan konflik rumahtangga bertajuk ‘Berbahagi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *