OH MY ENGLISH! Persembahkan Telefilem Khas, ‘OH MY GANU!’

OMG pix

Berikutan kejayaan siri televisyen Oh My English! yang menjadi perbualan ramai, kini rancangan ini maju selangkah lagi apabila tampil dengan telefilem khas berjudul Oh My Ganu! yang akan disiarkan pada 27 November 2013, jam 9 malam di Astro TVIQ (Saluran 610) dan siaran serentak berdefinisi tinggi di Astro Maya HD (Saluran 135).

Para peminat siri ini pastinya tidak sabar menunggu kelainan di dalam telefilem Oh My Ganu! yang merupakan kesinambungan daripada episod kemuncak Oh My English! musim kedua. Sempena cuti sekolah, telefilem bercorak komedi pendidikan ini akan turut menampilkan Zizan Raja Lawak dan Izzue Islam dalam watak baru.

Telefilem Oh My Ganu menyambung kisah episod kemuncak iaitu episod 20 Oh My English musim kedua, yang berakhir dengan babak tergantung yang mana Mr. Henry Middleton (Zain

Saidin) harus memilih sama ada berjumpa Sara Jane (Gabriella Robinson) yang akan berangkat ke United Kingdom, ataupun Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah) yang mengambil keputusan untuk pulang ke Terengganu. Pada hujung rancangan, penonton diberi peluang untuk membantu Mr. Middleton memilih antara Sara Jane di UK atau Cikgu Ayu di Terengganu melalui undian dalam talian atau menerusi media sosial. Sebanyak 50,000 undian penonton telah diterima dan hasilnya 89% daripada undian menyebelahi Cikgu Ayu. Keputusan inilah yang telah membentuk jalan cerita telefilem ‘Oh My Ganu’.

Encik Mohd. Salleh (Harun Salim Bachik) dan para pelajar kelas 3 Merah seperti See Yew Soon (Roax Tan), Jibam (Akhmal Nazri), Azlin (Izara Aishah), Hani (Iezahdiyana), Mazlee (Zhafir Muzani), Azlan (Syafie Naswip), Shafiq (Addy Ashraf), Anusha (Kaameshaa) dan Farouk (Amer Shariff) akan turut tampil dalam telefilem Oh My Ganu untuk memberikan kepuasan hiburan berganda kepada para penonton.

Selain barisan pelakon asal, Oh My Ganu! beberapa pelakon hebat turut membuat penampilan untuk pertama kalinya dalam Oh My English. Mereka ialah Zizan Razak dan juga Izzue Islam. Kedua-dua pelakon tersebut terpilih untuk ‘Oh My Ganu’ atas permintaan peminat menerusi Facebook dan Twitter, kebolehan masing-masing menjayakan watak komedi, dan juga kerana kedua-duanya berasal daripada Pantai Timur. Mereka akan menggunakan loghat pantai timur dalam telefilem ‘Oh My Ganu’. Pesona Izzue dan keletah Zizan tentunya akan membuatkan para penonton tidak kering gusi apabila menonton ragam mereka nanti.

Melalui telefilem ‘Oh My Ganu’ yang berlatar-belakangkan sebuah kampung di pantai timur, penonton juga dapat menyaksikan adegan mencuit hati apabila pelajar 3 Merah dan guru kesayangan mereka Mr. Middleton pergi mencari Cikgu Ayu di kampung halaman beliau. Namun begitu, dalam gelagat lucu pastinya terselit drama dan cabaran apabila Mr. Middleton terpaksa berhadapan dengan Zizang (Zizan Razak), seorang jutawan di kampung tersebut yang turut menaruh hati terhadap Cikgu Ayu, dan juga Aiman (Izzue Islam) yang sangat rapat dengan Cikgu Ayu. Siapakah yang akan berjaya memenangi hati Cikgu Ayu dan apakah kesudahan buat para pelajar kelas 3 Merah? Semuanya akan terjawab di dalam telefilem Oh My Ganu! nanti.

Check Also

ROSSA KEMBALI DENGAN KONSERT “HERE I AM” DI AXIATA ARENA

Penyanyi tersohor Indonesia, Rossa, bakal mengadakan konsert solo bertajuk “Here I Am” di Axiata Arena, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *