Zain Saidin & Rozita Che Wan Bakal Nikal 11.12.13

IMG_4061

Akhirnya. Setelah hampir empat tahun menyemai kasih, pasangan selebriti popular, Zain Saidin, 29 dan Rozita Che Wan (Che Ta), 40, mengumumkan tarikh pernikahan mereka akan diadakan pada 11 Disember 2013.

Majlis ijabkabul akan berlangsung di Gazebo Setia City Convention Centre, Setia Alam selepas solat maghrib sekitar jam 7.30 malam.

IMG_4043

Seterusnya, majlis resepsi kedua mempelai akan diadakan pada 13 Disember 2013 di Grand Ballroom, Setia City Convention Centre, Shah Alam, jam 8.30 malam.

Pada majlis pernikahan nanti, Che Tah bakal menerima wang hantaran sebanyak RM23,200, simbolik kepada tarikh lahir Zain. Manakala mas kahwin bernilai RM9,300 iaitu sempena tarikh lahir Che Ta sendiri beserta sebentuk cincin perkahwinan yang dianggarkan bernilai RM93,000.

Sehari sebelum itu, majlis berinai akan diadakan di Ndah Mahligai Shah Alam pada 10 Disember 2013.

Bersesuaian dengan jolokan ‘Wedding of the Year’, perkahwinan pasangan ini bukan saja didakwa mendapat tajaan bernilai RM1.8 juta (setakat ini), sebaliknya, pada ketiga-tiga majlis iaitu berinai, nikah dan bersanding, Che Ta sangat bertuah apabila bakal disaluti barang kemas tajaan Habib Jewels yang bernilai RM10 juta.

IMG_4071

Dua hari selepas majlis persandingan Che Ta dan Zain akan bercuti selama 19 hari. Mereka memilih Rom, Milan, Venice, Frankfurt dan Amsterdam untuk mengabadikan saat bulan madu.

Astro Ria menerusi saluran 104 adalah penyiar rasmi untuk majlis akad nikah dan persandingan.

* Foto Kredit Faisol Mustafa & Sumber MalaysianDigest

Check Also

Lebih 200 artis dan pemuzik hadir ke Konvensyen Pemuzik Karyawan 2026 bagi membincangkan isu royalti, AI dan hala tuju industri muzik negara.

KONVENSYEN PEMUZIK KARYAWAN 2026 BINCANG ROYALTI ARTIS, AI DAN MASA DEPAN INDUSTRI MUZIK

Lebih 200 artis, pemuzik dan penggiat industri muzik negara berkumpul di Restoran Saloma Kuala Lumpur …

Luqman Podolski mempromosikan single Ayah sempena Hari Bapa 2026

SINGLE “AYAH” ANGKAT REALITI KEHIDUPAN DALAM KARYA TERBAHARU LUQMAN PODOLSKI

Bersempena sambutan Hari Bapa yang diraikan pada 21 Jun 2026, Luqman Podolski tampil dengan karya …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *