Pelancaran ‘MARI MENYANYI BERSAMA UMMI’

Photo_opt#1

Hud-Hud Media Sdn Bhd (HHMSB) melangkah setapak lagi ke hadapan apabila produk terbarunya iaitu video album ‘MARI MENYANYI BERSAMA UMMI’ dilancarkan secara rasmi  hari  ini  yang  menampilkan  kesinambungan daripada  animasi popular       terbitan       sulungnya,       UMMI…CERITALAH       PADA KAMI.    Video album yang diterbit dalam format DVD ini menampilkan video-video muzik menarik yang dipetik daripada siri animasi UMMI…CERITALAH PADA KAMI ini bukan semata-mata untuk hiburan malah mengandungi sesi pengajaran dan pembelajaran untuk golongan sasaran iaitu ibu bapa dan kanak-kanak.

Penerbit Hud-Hud Media  Sdn  Bhd  (HHMSB) yang  juga  penyanyi terkenal, Nora  Ariffin  bersama suaminya, Johan Nawawi yang  juga komposer prolifik negara melahirkan rasa bangga mereka kerana konsep pembelajaran sambil berhibur seperti yang dilakukan menerusi UMMI…CERITALAH PADA KAMI diterima meluas dan terbuka oleh segenap lapisan masyarakat.

Nora_generic

“Alhamdulillah syukur, masyarakat Malaysia dan antarabangsa dapat menerima konsep yang kami tonjolkan, iaitu belajar sambil berhibur. Perjuangan kami tidak akan berhenti di sini sahaja, kami akan terus menerbitkan isi kandungan yang lebih menarik dan bermanfaat serta lagu-lagu yang lebih menghiburkan,” kata Nora.

Malah menurut Johan yang baru pulang dari menghadiri acara MYCONTENT di Dubai International Convention and Exhibition Centre pada 18  November lalu,  penghasilan videoalbum ‘MARI MENYANYI BERSAMA UMMI’ penting untuk meneruskan legasi UMMI…CERITALAH PADA KAMI sejak dimulakan pada 2010.

“Kami percaya, konsep belajar sambil berhibur paling mudah untuk kanak-kanak mendekati topik-topik pembelajaran dan kami yakin yang video MARI MENYANYI BERSAMA UMMI akan mendapat sambutan memberangsangkan sebagaimana produksi kami sebelum ini.

“Selain   daripada   strategi   promosi, video album ini   juga   diterbitkan kerana  mendapat permintaan yang  tinggi  daripada peminat-peminat khususnya kanak-kanak dan seisi keluarga yang telah menjadi peminat setia kepada siri ini dan juga pada peminat kumpulan Voices Of Ummi (VOU),” kata Johan.

VOU

Menurutnya, majlis pelancaran video ‘MARI MENYANYI BERSAMA UMMI’ dilakukan bersempena acara Malaysian Islamic Children Fair (MICF) pada hari ini di Shah Alam Convention Centre (SACC).

Majlis  pelancaran telah  disempurnakan oleh  tetamu  kehormat pada petang itu yang juga Ketua Pengarah Eksekutif Media Prima, En. Izham Omar. Turut memeriahkan acara ialah kumpulan Voices Of Ummi selama 20 minit selepas video ini dilancarkan.

“Di samping itu kami juga menjual produk-produk eksklusif UMMI di booth no.73 kami..datanglah bersama anak-anak anda,” kata Nora.

Video album video ‘MARI MENYANYI BERSAMA UMMI’ akan mula dipasarkan di kedai-kedai muzik dan CD mulai bulan Disember 2013 dengan harga RM29.90. Buat masa ini, album video ini boleh dibeli melalui  www.hudhudshop.com .  Segala  informasi  terbaru  mengenai UMMI juga boleh didapati dengan melayari laman sesawang UMMI di www.ummi.my atau memalui Facebook Ummi di www.facebook.com/voice.of.ummi

Check Also

ROSSA KEMBALI DENGAN KONSERT “HERE I AM” DI AXIATA ARENA

Penyanyi tersohor Indonesia, Rossa, bakal mengadakan konsert solo bertajuk “Here I Am” di Axiata Arena, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *