Gandingan Erra Fazira & Ummi Aida Dalam Ammara Batrisyia

AB2

Kerana dendam, Slot Ratu di TV9 tidak pernah sunyi untuk menghidangkan drama-drama terbaru yang berkualiti.  Bermula hari ini, drama terbaru terbitan Rumah Karya Citra Sdn Bhd bakal mengisi slot Ratu pada setiap hari Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam.  Dan buat pertama kalinya menerusi drama Ammara Batrisyia, primadona filem melayu Erra Fazira bakal membuat kemunculan eksklusif di TV9 bergandingan bersama sahabat baiknya, Datin Paduka Umie Aida yang baru-baru ini telah memenangi anugerah pelakon wanita terbaik drama di Anugerah Skrin.  Selain itu Ammara Batrisyia turut dibantu oleh Adi Putra, Ungku Ismail, Betty Rahmad, Ku Hariz dan Tunku Hanis.

Selain bersandarkan nama-nama besar ini, Ammara Batrisyia juga mendapat sentuhan pengarah muda berbakat besar Azma Aizal Yusof yang telah banyak menghasilkan drama-drama berkualiti dan menghiburkan.  Skrip drama 14 episod ini merupakan olahan Erma Fatima yang turut menggondol anugerah pengarah terbaik Anugerah Skrin 2013.

AB1

Ammara Batrisyia menceritakan mengenai kehidupan dua sisi berbeza dua wanita, Ammara dan Batrisyia.   Ammara (Umie Aida) seorang gadis penuh misteri yang sedari kecil hidupnya dibaluti duka. Dia kehilangan kedua ibu-bapanya sejak kecil dan dibesarkan oleh mak ciknya di Australia.  Ammara selain sukar ditafsir perlakuannya, dia juga dilihat terlalu obses dengan Batrisyia (Erra Fazira), seorang selebriti popular yang menempa nama menerusi bidang pengacaraan.

Batrisyia mempunyai personaliti menarik selain daripada menyimpan impian untuk menubuhkan sebuah yayasan bagi membela nasib wanita-wanita yang tidak bernasib baik. Kerana terlalu obses dengan Batrisyia, Ammara cuba untuk mendekatkan dirinya kepada Batrisyia dalam apa cara sekalipun. Satu insiden akhirnya telah menemukan mereka dan membuatkan mereka menjalinkan persahabatan tanpa Batrisyia sedar, Ammara seakan-akan cuba mengawal kehidupan dan menjadi seperti Batrisyia.

Check Also

Shah Sidious berkongsi ilmu gitar pada Gear Nerds Meetup Vol. 2 di Pulau Pinang.

GEAR NERDS MEETUP VOL. 2 SATUKAN KOMUNITI GEARHEADS MALAYSIA

Minat terhadap dunia peralatan muzik atau gear terus berkembang apabila Gear Nerds Meetup Vol. 2 …

T-ARA kembali bertemu peminat di Malaysia menerusi Summer Again pada 9 Ogos 2026 di Mega Star Arena.

T-ARA KEMBALI TEMUI PEMINAT MENERUSI SUMMER AGAIN

Penantian peminat akhirnya berakhir apabila T-ARA Fan-Con Malaysia 2026 secara rasmi diumumkan bakal berlangsung di …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *