Nostalgia ‘Sembilu’ Bakal Menjengah Istana Budaya Mac Ini

SUA_1383

Trio terkenal tanahair iaitu Awie, Ziana Zain dan Erra Fazira akan bersatu kembali bagi menjayakan projek teater muzikal, Konsert Teaterikal Suara Kita bertempat di Panggung Sari Istana Budaya. Pementasan selama 7 hari (3-9 Mac) berturut-turut ini berkonsepkan gabungan lakonan dan nyanyian dalam mengimbau kembali episod kegemilangan filem-filem Melayu pecah panggung.

Di sekitar tahun 90’an, gandingan Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain dalam filem Sembilu dan Sembilu 2mencetus fenomena yang luarbiasa di kalangan pencinta filem Melayu. Kini setelah dua dekad lamanya, gabungan trio terkenal ini kembali bersatu mengharapkan suatu ‘comeback’ buat tatapan peminat mereka.

SUA_1403

Pementasan selama 2 jam 30 minit ini akan memanifestasikan semula sorotan babak-babak dari deretan filem-filem seperti Sembilu, Sembilu 2, Tragedi Oktober, Maria Mariana 2 dan Merah yang pernah menggegarkan industri filem Malaysia suatu ketika dahulu sebagai teras dan latar penceritaan.

Awie ketika ditanya tentang projek terbitan Awie Entertainment Sdn Bhd ini berkata perkara pertama yang dilakukan beliau sebelum melancarkan kolaborasi tersebut ialah dengan meminta ‘lampu hijau’ daripada isteri kesayangan, Rozana Misbun.

“Konsert ni terbahagi kepada dua segmen. Pertama, kami bertiga akan mendedangkan lagu-lagu hit daripada album kami. Segmen kedua adalah teater muzikal. Kita ambil momen dan beberapa babak masterpiece dalam lima filem yang disebutkan dan kita pertontonkan semula pada peminat”, jelasnya sekaligus memberitahu simbolik judul ‘Suara Kita’ itu bermaksud suara mereka bertiga yang optimis untuk mengembalikan semula nostalgia para penonton.

SUA_1501

Menelan kos sebanyak RM1.4 juta, Konsert Teaterikal ‘Suara Kita’ juga mendapat sentuhan Erma Fatima sebagai Pengarah Bersama, penerbit acara berkaliber Azmi Zainal Abidin sebagai Pengarah Produksi dan komposer hebat Edrie Hashim sebagai pengarah muzik.

Tambah menarik, konsert ini menerapkan tema elegan pada setiap inci persembahan, rekabentuk set di pentas dan paparan visual di skrin.

Untuk memeriahkan lagi suasana dan menghargai peminat Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain, para penonton yang membeli tiket berharga RM399 dan RM499 layak untuk mendapat jemputan khas majlis jamuan dan ramah mesra bersama 3 artis tersebut pada hari terakhir pementasan, jam 9 malam. Maklumat lanjut mengenai tiket-tiket, boleh layari www.ticket2u.biz.

Check Also

Bintang Suara MELILEA 2026 membuka peluang kepada bakat muda Malaysia.

BINTANG SUARA MELILEA 2026 BUKA PELUANG BAKAT MUDA KE INDUSTRI HIBURAN

KUALA LUMPUR – Generasi muda yang menyimpan impian dalam bidang nyanyian kini berpeluang melangkah lebih …

KamiSempoi Golden Award 2025 dan KamiSempoi Premier Academy angkat industri live streaming profesional.

KAMISEMPOI GOLDEN AWARD 2025 ANGKAT STANDARD LIVE STREAMING MALAYSIA

KUALA LUMPUR – KamiSempoi Golden Award 2025 kembali untuk tahun keempat bagi mengiktiraf pencapaian pencipta …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *