WWE® Kembali Ke MALAYSIA

IMG_7476

WWE (NYSE:WWE) dan Astro berbesar hati mengumumkan hari ini bahawa WWE LIVE™ akan kembali ke Malaysia buat julung kalinya sejak 2002, dengan dua persembahan dijadualkan pada Oktober 2014. Dua persembahan ini akan dilangsungkan di Stadium Putra Stadium di Kuala Lumpur pada Jumaat, 10 Oktober dan Sabtu, 11 Oktober 11. Tiket akan mulai dijual Sabtu, 31 Mei 2014 pada 10:00 pagi.

Peminat akan dapat menyaksikan Superstars WWE secara langsung, termasuk John Cena®, Bray Wyatt™ dan Wyatt Family™, The Shield™, Intercontinental Champion Bad News Barrett™ dan ramai lagi.*

WWE LIVE disokong oleh Malaysia Major Events, divisyen di bawah Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MYCEB), salah satu agensi bernaung di bawah Kementerian Pelancongan dan Budaya Malaysia.

Fenomena WWE menjadi kegilaan ramai di Malaysia menerusi rancangan Monday Night Raw®, AfterBurn™, Vintage™, BottomLine™, NXT™, Superstars™, Main Event™ dan WWE Presents™ disiarkan di saluran Astro SuperSport 3 dan kesemua rancangan Pay-Per-View di saluran Astro Box Office Sport.

“Astro gembira dapat bekerjasama dengan WWE untuk membawa masuk hiburan bertaraf dunia, WWE LIVE, kepada peminatnya di rantau Asia Tenggara. Peminat WWE pastinya disajikan acara menarik yang padat dengan aksi Oktober ini. Kami gembira kerana dapat membawa pengalaman WWE daripada TV ke pentas sebenar,” kata Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan.

“WWE Live dijangka akan menarik pelancong daripada rantau Asia Tenggara dengan jumlah perbelanjaan dianggarkan mencecah sekitar RM33 juta sepanjang dua hari. WWE sentiasa menjadi salah satu rancangan yang paling digemari di rantau ini dan Malaysia berbangga dipilih untuk menganjurkan WWE Live, menambah kepada senarai acara berprestij yang dianjurkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014,” kata Pengurus Besar, Malaysia Major Events, Tony Nagamaiah.

“Kami teruja dengan kepulangan acara WWE Live ke Malaysia pada 2014,” kata Naib Presiden & Pengurus Besar WWE Asia Pasifik, Sweesin Wu. “Acara ini melambangkan komitmen WWE terhadap usaha untuk meluaskan pasaran mereka di Malaysia dan untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat dengan Astro, salah satu kumpulan media yang terkemuka di rantau ini. WWE juga mahu mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada MME atas visi mereka dalam membawa masuk WWE dan tahap profesionalisme tinggi MME dan usaha tidak mengenal penat lelah dalam proses rundingan yang membawa kepada penganjuran ‘WWE Live Malaysia 2014’,” tambahnya.

Tiket akan mulai dijual pada Sabtu, 31 Mei 2014 pada 10:00 pagi dan mula dibeli daripada www.ticketpro.com.my atau dengan menghubungi +603 7880 7999. Harga tiket adalah dalam lingkungan RM128 – RM1230.

*Barisan penggusti tertakluk kepada perubahan
# WWEKualaLumpur
www.wwelive.stadiumastro.com

Check Also

IKLIM, SYJ Giegiel dan Meditasi di Teruntum Rock Festival 2026

TERUNTUM ROCK FESTIVAL 2026 BAKAL GEGARKAN KUANTAN

Kuantan bakal menjadi tumpuan peminat muzik rock apabila Teruntum Rock Festival 2026 menghimpunkan barisan legenda …

Gegaran Warisan menampilkan Punisher, FOR, Sniperz dan Amir SYJ di Warisan Hall Studio.

GEGARAN WARISAN SATUKAN PUNISHER, FOR, SNIPERZ DAN AMIR SYJ DALAM SATU PENTAS

Peminat muzik rock dan metal tanah air bakal disajikan dengan sebuah persembahan yang menjanjikan pengalaman …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *