Femes Bazaar : #SUPERRAYA

POSTER OFFICIAL

FEMES BAZAAR bazaar No.1 pilihan para peniaga online dan selebriti akan mengadakan bazaar #SUPERRAYA pada 19 & 20 Julai 2014 edisi 1435 hijrah sesuai dengan menyambut ketibaan bulan Syawal tidak lama lagi.

Berikutan sambutan yang amat menggalakkan pada bazaar di bulan Ramadan tahun lepas yang bertempat di Rasta TTDI, FEMES BAZAAR kali ini memilih Tierra Crest, Kelana Jaya sebagai lokasi pilihan dengan fasiliti mudah bagi para peniaga serta para pengunjung untuk membeli-belah. Tempat parkir bangunan ini adalah tiga tingkat dan dapat menampung lebih 200 buah kenderaan. Dengan menempatkan sebanyak 100 buah gerai, di dalam tempat yang luas dan berhawa dingin, bazaar kali ini tentunya memberi kelainan, keselesaan serta seharusnya merupakan ‘syurga’ bagi golongan pembeli yang sentiasa dambakan kepelbagaian dengan harga yang sungguh berpatutan!

Selain daripada menyediakan tapak perniagaan bagi keperluan para peniaga yang ingin menjana pendapatan sampingan, bazaar ini turut ‘menyajikan’ kepelbagaian kepada para pembeli. Bermula dengan barangan pakaian dari hujung rambut ke hujung kaki seperti tudung, baju, dan kasut sesuai buat mereka yang masih tercari-cari busana hari raya mereka. “FEMES BAZAAR menawarkan variasi produk kepada para pelanggan. Segala yang ditawarkan di sini adalah bagi melengkapi keperluan pengguna yang pelbagai dan menariknya pada bazaar #SUPERRAYA kali ini, kesemua peniaga online kita telah bersetuju untuk memakai baju raya pada hari tersebut dan jika pengunjung turut mengikut tema kita pada kali ini, pengunjung akan diberi diskaun istimewa khas daripada peniaga-peniaga FEMESBAZAAR.

Kami juga masih mengekalkan ‘I’M NOT FROM KL’ buat mereka yang tinggal diluar Lembah Klang. Pengunjung-pengunjung ini turut layak menerima diskaun istimewa dengan syarat mereka harus memuat naik poster FEMES BAZAAR #SUPERRAYA dan menunjukkan resit tol semasa sesi jual beli. Bagi pengguna public transport, mereka boleh menaiki LRT PUTRA ke Taman Bahagia dan seterusnya menaiki bas Rapid KL T625 untuk sampai ke Tierra Crest, Kelana Jaya. Tidak lupa juga buat mereka yang mempunyai Smartphone, anda boleh menggunakan aplikasi Waze dan pilih carian Tierra Crest/Unitar KJ,” kata Penganjur FEMES BAZAAR, Yusmarul Ari Bin Khusni.

FEMES BAZAAR juga menampilkan barisan peniaga online terkenal (online shop) yang akan turut berniaga di gerai-gerai yang disediakan. Melalui medium yang diwujudkan ini, para pengunjung berpeluang untuk membeli secara terus (oine) daripada para peniaga online kegemaran mereka lebih-lebih lagi untuk mereka yang ingin membeli baju raya atau kasut raya, mereka boleh mencuba dan melihat sendiri dahulu sebelum membuat pembayaran untuk mengelakkan sebarang kesulitan seperti salah saiz atau kualiti kain yang berbeza dari dalam gambar.

Hal ini tentunya memberi kepuasan maksima kepada pembeli. Para peniaga online yang bakal menyerikan bazaar #SUPERRAYA adalah OH MY HIJAB!, Shining Shop, The BLB Store, Kaleerful, Dewi Diary, dan ramai lagi. Kesemua peniaga online ini adalah yang terpilih bagi menampakkan variasi produk seperti pakaian moden, tradisional, islamik kontemperari dan juga urban. “Pengalaman selama 7 tahun menjadi peniaga online membuatkan saya terdetik untuk memperjuangkan peniaga-peniaga online ini supaya produk mereka mudah mendapat publisiti yang meluas dan secara tak langsung dikenali seluruh Malaysia. Para peniaga online ini mempunyai citarasa yang amat tinggi dan ‘FAST FORWARD’ di dalam fesyen, tetapi malangnya tiada sumber untuk bakat dan citarasa mereka untuk diketengahkan,” kata Yusmarul lagi.

Disamping itu, bazaar ini turut memberi peluang kepada para pengunjung untuk mendekati selebriti-selebriti kegemaran mereka. Sempena FEMES BAZAAR #SUPERRAYA, kami menampilkan seramai 13 orang selebriti tanahair yang bakal menyerikan bazaar #SUPERRAYA bersama produk-produk mereka. FEMES BAZAAR tentunya dapat menghimpunkan para peminat setia barisan selebriti tanah air! Antara artis yang terlibat adalah Wawa Zainal, Intan Ladyana,Kila Fairy, Mizz Nina, Hanez Suraya, Haz Hamidun, Zara Zya, Nad Zainal dan ramai lagi.

“Apa yang paling istimewa dan unik pada bazaar #SUPERRAYA nanti, kita dapat bekerjasama dengan beberapa syarikat yang cukup terkenal seperti Mahligai Creative & Tentda sebagai penaja kanopi istimewa, FRESHIE Juice sebagai minuman rasmi berbuka puasa #SUPERRAYA, Rac Photography sebagai jurugambar rasmi, Azraii Zulkiple sebagai juruvideo rasmi serta rakan media daripada majalah Lisa dan portal online muslimah pertama Malaysia, ATIYA.MY.

Selain itu, kita mengadakan sesi Open-Mic kepada orang awam yang ingin mengetengahkan bakat mereka dan siapa tahu daripada sesi ini kita dapat mengesan bintang-bintang baru berkualiti untuk industri muzik tanahair,” tambah Yusmarul lagi.

Check Also

3 SELEBRITI ANTARA 18 USAHAWAN WANITA BERPENGARUH MALAYSIA DIIKTIRAF DI MAJLIS MIWE 2024

Majlis Pengiktirafan Malaysia Influential Women Entrepreneurs (MIWE) 2024 telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Oktober …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *