Video Muzik “Apa Khabar” Joe Fizzow Dilancarkan

Print

Artis Sony-Kartel Records, Joe Flizzow telah melancarkan video muzik terbarunya untuk single “Apa Khabar” yang turut menampilkan SonaOne, juga di bawah naungan yang sama.

Lagu “Apa Khabar” dikhabarkan menjadi jawapan bagi segala persoalan yang menyelubungi kumpulan artis tersebut yang dulu, Too Phat. Beliau membawa pendengar merentas masa ketika kumpulan tersebut baru saja mula menapak dan juga menceritakan tentang perjalanan seni Too Phat serta bagaimana mereka berjaya menjadikan rap sebagai kerjaya.

Muzik video “Apa Khabar” telah dicetuskan dan dilaksanakan melalui kerjasama penjenamaan strategik dengan Xpax dan diarahkan oleh pengarah berbakat, Kerol daripada PhuturePhlowFilms.

“Kami sangat senang untuk berkolaborasi dengan Joe Flizzow sekali lagi, kali ini sebagai penaja untuk muzik video beliau yang terbaru. Celcom sememangnya sentiasa menyokong artis tempatan sebagai cara untuk mendekati para pelanggannya melalui muzik dan juga hiburan. Kami baru saja bekerjasama dalam pembikinan lagu tema bagi kempen Football Mad Territory. Lagu tema tersebut yang dipanggil #gilabola menonjolkan video muzik penuh bertenaga dan keseronokan bertujuan membawa semangat samba kepada para pelanggan Celcom bagi meraikan temasya sukan terbesar pada tahun ini. Kami mengucapkan yang terbaik buat Joe untuk segala hasil kerja beliau dan kami berharap dapat bekerjasama dalam projek-projek akan datang,” kata Zalman Aefendy Zainal Abidin, Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata Berhad.

Check Also

Lovebites Kuala Lumpur bakal beraksi di Zepp KL pada 4 Oktober 2026.

LOVEBITES MENDARAT DI KUALA LUMPUR, TIKET KONSERT 60 PERATUS TERJUAL

KUALA LUMPUR – Kehangatan menjelang konsert Lovebites Kuala Lumpur semakin terasa apabila jualan tiket kini …

D'Otai Boyz memperkenalkan single baharu berjudul Sketsa bersama Farah Asikin SV.

D’OTAI BOYZ KEMBALI DENGAN “SKETSA” PENUH EMOSI

Selepas lebih sedekad mewarnai industri muzik tanah air, D’Otai Boyz kembali dengan single terbaharu berjudul …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *