Temui Barisan Pelakon SuperMokh Sebuah Muzikal di NU Sentral

image001

Satu sesi bertemu dan bermesra dengan barisan pelakon pementasan muzikal, SuperMokh, akan diadakan di pusat membeli-belah NU Sentral, yang mana anda mungkin akan berpeluang untuk menyaksikan sendiri pementasan yang laris ini di Istana Budaya.

Para barisan pelakon SuperMokh Sebuah Muzikal akan berada di pusat membeli-belah NU Sentral pada hari Isnin 15 September pada jam 12.30 tengah hari di mana mereka juga akan memberikan 10 pasang tiket percuma dan bergambar bersama peminat.

image003

Tidak akan menjadi masalah sekiranya anda ingin bergegas ke NU Sentral kerana ia terletak bersebelahan dengan Stesen Sentral Kuala Lumpur. Selain itu, ia mudah diakses dengan ruang parkir yang boleh menempatkan hampir 2,600 buah kereta serta dilengkapi dengan sambungan bersepadu ke LRT, monorel dan sistem kereta api KTM Komuter.

Ini merupakan peluang keemasan untuk anda bertemu dengan Awie, Maya Karin, Douglas Lim dan Rashidi Ishak yang melakonkan watak mereka sekali lagi dalam pementasan muzikal tersebut. Pementasan muzikal restaging yang laris dan berjaya ini mengisahkan tentang salah seorang ikon Malaysia paling disayangi iaitu Allahyarham Mokhtar Dahari, lagenda bola sepak hebat – yang dikenali sebagai ‘SuperMokh’ di kalangan ribuan peminatnya.

Pementasan SuperMokh Sebuah Muzikal pertama diadakan pada November 2013 dan telah mendapat ulasan yang membanggakan, di mana kesemua tiket bagi 17 pementasannya habis dijual. Pengarahan muziknya digubah oleh Michael Veerapan manakala koreografi tariannya pula dikelolai oleh Adzwadi Saini.

 

Check Also

Pasukan Malaysia meraikan kejayaan 35 pingat pada WCOPA 2026 di Las Vegas.

MALAYSIA RAIH 35 PINGAT DI WCOPA 2026

LAS VEGAS – Malaysia terus mengharumkan nama negara apabila Malaysia raih 35 pingat WCOPA 2026 menerusi …

promosi Konsert Mangu di Kuala Lumpur di Zepp KL.

DEMAM MANGU MELANDA, TIKET KONSERT KINI HAMPIR SOLD OUT

KUALA LUMPUR – Demam Tiket Mangu di Kuala Lumpur semakin dirasai apabila jualan tiket konsert …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *