Tiket Konsert berharga RM120 Mariah Carey “The Elusive Chanteuse Show” Tour In Malaysia 2014 Habis Dijual

MARIAH_Backdrop_FACS3-v4

Tiket berharga RM120 untuk menyaksikan konsert Mariah Carey ‘The Elusive Chanteuse Show’ Tour In Malaysia 2014 habis dijual!

Artis wanita popular ini sudah bersedia untuk memberikan persembahan terbaik buat peminatnya menerusi konsert anjuran IME Productions dan disokong oleh Malaysia Major Events, sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Ia bakal diadakan pada 22 Oktober ini jam 8 malam di Stadium Merdeka.

Tiket masih boleh didapati iaitu tiket berharga RM680 untuk VVIP (tempat duduk bernombor), RM580 (tempat duduk bernombor), RM480 (tempat duduk bernombor), RM380 (tempat duduk bernombor) dan RM280 (tempat duduk bebas).

Pembelian secara dalam talian boleh dilakukan menerusi  ejen jualan tiket rasmi iaitu www.ticketcharge.com.my atau menghubungi   talian hotline TicketCharge iaitu +603 9222 8811. Untuk maklumat lanjut berhubung serta jualan tiket bolehlah menghubungi talian hotline IME Productions iaitu +603 2166 6166 atau layari Facebook IME Productions http://www.facebook.com/imepmy

Check Also

MELISSA KEMBALI MENGGEGAR DENGAN KONSERT ULANG TAHUN KE-35 DI JOHOR BAHRU

KUALA LUMPUR, 20 Mei 2025 – Kumpulan rock legenda tanah air, MELISSA, bakal mencatat sejarah …

ANUGERAH BOH CAMERONIAN KE-20 MERAIKAN LEGASI SENI PERSEMBAHAN TANAH AIR

Petaling Jaya, Mei 2025 – Menyambut dua dekad kecemerlangan kreatif, Anugerah BOH Cameronian Arts Awards …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *