Casio Perluaskan Kehadirannya di Asia Tenggara

Casio Malaysia Launch

Casio Malaysia, Sdn. Bhd., yang memulakan operasi sejak Januari tahun ini sebagai sebuah subsidiari baru Casio Computer Co., Ltd., hari ini mengadakan upacara pembukaan. Setelah sekian lama membina kehadiran jenama yang mantap dalam pasaran elektronik, Casio Computer berhasrat memperluas tawarannya menerusi pejabat subsidiarinya di negara ini untuk memperkukuh komitmennya ke arah menawarkan barisan produk kreatif dan pertama seumpamanya kepada pengguna.

Pengenalan Casio ke Malaysia menyusul pelancaran di Singapura dan Jakarta sejajar dengan perkembangan pesat jenama di seluruh rantau Asia Tenggara. Malaysia, sebagai sebuah pasaran pertumbuhan baru bagi Casio, akan membolehkan jenama memperkenalkan lebih banyak jenis produk inovatif-masyarakat, menambahkan bilangan peruncit tempatan dan melaksanakan perkhidmatan lepas jualan yang lebih baik di negara ini.

“Casio Malaysia diwujudkan untuk menjalankan aktiviti pemasaran yang berpaksikan pasaran Malaysia. Matlamatnya ialah untuk segera mula menjual produk yang lebih menepati keperluan masyarakat Malaysia. Berganding bahu dengan kumpulan pengedar yang bersamanya Casio telah bina jalinan kerjasama yang begitu erat sekian lama, syarikat baru ini akan melaksanakan aktiviti promosi jualan dengan cara yang lebih berkesan lagi,” kata Hiroyuki Sezai, Pengarah Urusan Casio Malaysia, Sdn. Bhd.

“Sejak kebelakangan ini, pihak kami melihat pasaran di Asia Tenggara berkembang maju dalam suasana pertumbuhan ekonomi dan warga muda yang semakin ramai, oleh itu, dengan adanya sebuah subsidiari yang mapan di negara ini, kami akan dapat mengadakan sinergi yang lebih baik antara Casio Computer Co., Ltd di Jepun dengan rangkaian jualan runcit tempatan,” kata Sezai lagi .

Sempena upacara pembukaan rasmi, Casio Malaysia akan memperkenalkan jam G-SHOCK GPW-1000 baru, jam tangan pertama di dunia yang menggunakan sistem penjagaan masa hibrid yang menerima Isyarat GPS serta isyarat Tentukuran-Masa Gelombang Radio, jam OCEANUS OCW-G1000 baru, jam tangan premium direka untuk ahli perniagaan jet-set, juga dilengkapi dengan sistem penjagaan masa hibrid dalam bekas logam yang anggun, jam EDIFICE EQB-500 baru, jam tangan analog-logam yang boleh dipautkan kepada telefon pintar menggunakan teknologi Bluetooth® SMART, kamera EXILIM EX-FR10, kamera digital kompak wayarles boleh-Bluetooth® yang boleh diceraikan, pertama di dunia, kamera EXILIM EX-TR50 dengan monitor berputar dan pemidang untuk penggambaran fleksibel termasuk potret-diri, dan EXILIM EX-MR1, sebuah kamera kompak yang membolehkan pengguna memeriksa penampilan mereka dengan cermin di hadapan kamera semasa mengambil potret-diri.

Casio Malaysia juga akan memberi perhatian kepada usaha menggalakkan penerimagunaan kalkulkator saintifik dalam bilik darjah, dan juga projektor yang menggunakan sumber cahaya LED-laser tanpa lampu yang tidak mengandungi atau menggunakan raksa, bertujuan untuk memberi sumbangan kepada sektor pendidikan di rantau ini.

Casio Malaysia mengeluarkan produk dan perkhidmatan baru yang membantu memperluas bidang kemungkinan manusia, antara lain, Jam, Kalkulator, Pencetak Label, Alat Muzik Elektronik, Kamera Digital, Projektor Data, dalam usaha menyumbang kepada aktiviti intelektual manusia dalam segenap ruang lingkup kehidupan mereka.

G-SHOCK GPW-1000

OCEANUS OCW-G1000

EDIFICE EQB-500

EXILIM EX-FR10

EXILIM EX-TR50

 

Check Also

Infinix HOT 50 5G: Telefon Pintar 5G Terkuat dalam Kelasnya Akan Dilancarkan pada 7 Oktober

Infinix, jenama teknologi yang trendy dan direka khas untuk pengguna muda, dengan gembira mengumumkan pelancaran …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *