Dalam perjalanan mereka ke seluruh dunia untuk mempromosikan mesej tentang pemuliharaan panda dan pembangunan yang lestari, sebanyak 1,600 Panda akan melawat melebihi 15 lokasi ikonik di seluruh negara sempena acara “Siri Jelajah 1,600 Panda di Malaysia”. Dengan tema ‘Mencetus Budaya Pemuliharaan yang Kreatif’, siri jelajah ini akan diadakan mulai 21 Disember 2014 hingga 25 Januari 2015 buat pertama kalinya di Malaysia.
Mencetuskan kegilaan di media sosial dan mendapat penyertaan menggalakkan di seluruh dunia, 1,600 panda bakal tiba di Malaysia, lima tahun selepas tampil buat pertama kali di Perancis. Siri Jelajah Dunia 1,600 Panda dimulakan pada tahun 2008 sebagai satu kerjasama di antara WWF dan artis popular Perancis, Paulo Grangeon. Sejak itu, ia telah muncul di lebih 100 buah pameran di beberapa buah negara seperti Perancis, Belanda, Itali, Jerman, Switzerland, Taiwan dan Hong Kong. Malaysia merupakan lokasi ketiga buat 1,600 panda ini di rantau Asia selepas Hong Kong.
Artis arca terkenal Perancis, Paulo Grangeon yang memiliki pengalaman lebih 30 tahun telah menghasilkan 1,600 papier mache panda dalam pelbagai pose, emosi dan saiz menggunakan kertas kitar semula. Ia sebagai simbolik yang mewakili jumlah panda yang tinggal di dunia. Sebagai sambutan siri jelajah di Malaysia, Paulo Grangeon akan menghasilkan satu versi papier mache panda istimewa untuk bengkel-bengkel di Malaysia bagi mewakili keunikan budaya negara ini. “Siri Jelajah 1,600 Panda di Malaysia” bertujuan mendidik orang ramai mengenai kepentingan pemuliharaan panda dan pembangunan lestari. Secara simboliknya menggalakkan rakyat Malaysia agar lebih peka dengan alam sekitar dan keperluan untuk memuliharanya.
Semua 1,600 panda itu akan berada di lebih lima belas lokasi ikonik di Malaysia. Justeru, orang ramai berpeluang untuk melihat panda-panda ini dengan lebih dekat. Maklumat lokasi akan didedahkan tidak lama lagi, jadi nantikan perinciannya nanti.
“Siri Jelajah 1,600 Panda di Malaysia” dibawakan oleh pihak Faster Advertising bersama perunding kurator AllRightsReserved . Dana yang dikumpul daripada “Siri Jelajah 1,600 Panda di Malaysia” akan disalurkan untuk menyokong usaha pemuliharaan WWF-Malaysia.
Maklumat lanjut mengenai “Siri Jelajah Malaysia 1,600 Panda”, sila layari:-
LAMAN FACEBOOK RASMI | 1600-Pandas-My |
AKAUN WECHAT RASMI | TBA |
Akaun INSTAGRAM Rasmi
WEIBO rasmi HASHTAG rasmi
|
1600pandas
1600pandas #1600pandas / #1600pandasmy |