Pengarah drama Joeza Rasidi meninggal dunia

JOEZA.transformed

Pengarah drama, Joeza Rasidi, 40, meninggal dunia di Hospital Putrajaya akibat sakit kepala, 7 pagi tadi.

Joeza atau nama sebenarnya Nor Jauza banyak mengarahkan drama bersiri popular antaranya Jangan Ambil Padang Kami lakonan Izreen Azminda, Soffiya (Tiz Zaqyah) dan Mana Hilangnya Juwita lakonan Erra Fazira, Umie Aida dan Lisa Surihani.

Drama Jangan Ambil Padang Kami terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd muncul pemenang kategori Drama Rantaian Terbaik Anugerah Skrin 2012 lalu.

Bapanya, Rasidi Sabri, 69, berkata, anaknya itu mengadu sakit kepala minggu lalu sebelum mereka membawanya ke Hospital Putrajaya.

“Hasil pemeriksaan, doktor memaklumkan punca sakit kepalanya bermula dari dua batang giginya yang rosak. Saluran gigi itu ada sambungan ke saraf kepala menyebabkan dia mengalami sakit.

“Keputusan dibuat dengan mencabut giginya tetapi sakit itu tidak sembuh juga. Doktor juga minta untuk lakukan pembedahan, namun kami tidak benarkan,” katanya.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Baru Batu 14, Puchong dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 14, Puchong petang ini.

Sumber – Harian Metro

Check Also

Pasukan Malaysia meraikan kejayaan 35 pingat pada WCOPA 2026 di Las Vegas.

MALAYSIA RAIH 35 PINGAT DI WCOPA 2026

LAS VEGAS – Malaysia terus mengharumkan nama negara apabila Malaysia raih 35 pingat WCOPA 2026 menerusi …

promosi Konsert Mangu di Kuala Lumpur di Zepp KL.

DEMAM MANGU MELANDA, TIKET KONSERT KINI HAMPIR SOLD OUT

KUALA LUMPUR – Demam Tiket Mangu di Kuala Lumpur semakin dirasai apabila jualan tiket konsert …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *