405 meter merupakan pentas peragaan terpanjang di Malaysia, pengenalan untuk koleksi terbaru 2morrow dan pengumuman wajah rasmi untuk jenama 2morrow. Tiga elemen yang digabungkan dan lahirlah 2morrow Fashion Blast Fiesta 2015.
Ia satu- satunya fiesta yang menaikkan nama-nama pereka tempatan dimana mereka boleh meperagakan baju mereka di atas pentas peragaan terpanjang di Malaysia serta diiktiraf secara rasmi oleh Malaysia’s Book of Records.
Pertunjukan ini juga merupakan satu-satunya dibuat di atas bumbung dengan berlatar belakangkan menara KLCC (Kuala Lumpur Convention Center). Pengarah Urusan 2morrow, En Shaheful Ardan berkata:
“Dunia fesyen semuanya berkenaan infiniti. Kasut yang elok buatannya akan menyerlahkan personaliti si pemakai dalam keadaan mereka tidak sedar. Paling seronok, seseorang memakai sepatu yang selesa dan sekaligus, dia akan berasa dihargai dan rasa sempurna”
Salah satu sebab utama fiesta ini dianjurkan adalah untuk membawa balik keriangan tentang berfesyen melalui kerja amal. Oleh sebab itu, 2morrow telah mengumpul dana sebanyak RM5000 dan Ikatan Ukhuwah sebanyak RM 5000 untuk diberikan kepada Majlis Kanser Nasional (MAKNA) sebagai tanda sokongan 2morrow terhadap berfesyen melalui kerja amal.
Rekaan 2morrow akan diperagakan oleh finalis-finalis Face of 2morrow dimana dalam pertandingan ini, ia dibahagikan kepada 3 kategori iatu kategori model lelaki, kategori model wanita, dan kategori hijabstar. 2morrow berniat untuk membantu model-model yang baru untuk diketengahkan dalam industry fesyen Malaysia. Pengarah kreatif 2morrow, Cik Ezza Yusof berpendapat:
“Dalam industri fesyen, untuk memperagakan rekaan kepada awam bukan sesuatu yang murah, dan kadangkala satu rekaan yang cantik tidak boleh diperagakan kerana kekangan kewangan. Oleh itu, saya ingin menjadi penyelamat mereka!”
Untuk mendapatkan update dari 2Morrow, sila LIKE https://www.facebook.com/2morrowMY
Kredit Photo: Photo oleh Azlan Yaacob Photography