Empat Pemenang Bawa Pulang VESPA PRIMAVERA

Kesetiaan empat orang pendengar dari Red FM, Suria FM, 988 dan Capital FM terbayar apabila mereka masing-masing membawa pulang sebuah Vespa Primavera setelah dijulang sebagai juara bagi peraduan ‘What’s the F Word’ (Red FM), ‘Saat Panik’ (Suria FM), ‘I Am VIP’ (988) dan ‘My Perfect 500’ (Capital FM).

Dengan kerjasama Naza Premira Sdn. Bhd., sepanjang kempen ini dijalankan pada Mac 2015 sehingga Mei 2015, peraduan-peraduan yang dianjurkan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pendengar. Wang tunai keseluruhan berjumlah RM165,000 menjadi taruhan Star Radio Group untuk peraduan kali ini dan menjadikan ia hadiah terbesar yang dimenangi oleh pendengar kami.

Kudsia Kahar bersama pemenang Adinatta Sukri(Suria FM), Anuja Balachandran(Capital FM), Mazlyna Hanum Abdul Majid(Red FM), Ho Wei Bin(988) dan Farouk Faisal(Naib Presiden II -Naza Premira Sdn Bhd)

Menurut Ketua Pegawai Operasi Star Radio Group, Kudsia Kahar, “Kolaborasi Star Radio Group bersama Naza Premira adalah sangat bersesuaian. Komitmen mereka dalam menepati selera pelanggan setanding dengan matlamat kami dan ia membuahkan hasil yang terbaik. Akan datang, kami mengharapkan lebih banyak kerjasama seperti ini diadakan dan semoga hubungan dengan pendengar kami juga akan lebih erat”.

Upacara penyerahan telah diadakan di bilik pameran Vespa Petaling Jaya dimana menyaksikan keempat-empat pemenang diraikan dengan hadiah kemenangan mereka.

Peraduan Pemenang Hadiah
1 Whats the F Word (Red FM) Mazlyna Hanum Abdul Majid34 tahun 1 x Vespa Primavera Merah dan wang tunai
2 Saat Panik(Suria FM) Adinatta bin Sukri37 tahun 1 x Vespa Primavera Jingga dan wang tunai
3 I Am WIP(988) Ho Wei Bin35 tahun 1 x Vespa Primavera Merah dan wang tunai
4 My Perfect 500 (Capital FM) Anuja Balachandran48 tahun 1 x Vespa Primavera Merah Gelap dan wang tunai

Untuk pelbagai info menarik, layari www.red.fm, www.suriafm.com.my, www.988.com.my dan www.capitalfm.com.my serta ikuti mereka di Twitter di @redfmmalaysia, @suriafmmalaysia, @988FM dan @capitalfm_my.

 

Check Also

EP Raise The Star Malaysia Rocketfuel Entertainment – Finalis dan komposer terkenal

EP RAISE THE STAR MALAYSIA TAMPILKAN 5 LAGU BAHARU FINALIS BERSAMA KOMPOSER TERNAMA

KUALA LUMPUR, 3 Oktober 2025 – Rocketfuel Entertainment kembali mencipta momen bermakna apabila semua finalis …

Najmi Niery menyanyikan lagu Asing OST Hospital Loveline

ASING NAJMI NIERY JADI OST HOSPITAL LOVELINE

SHAH ALAM, 19 September 2025 – Rezeki menyebelahi penyanyi dan komposer muda Najmi Niery apabila …

Leave a Reply