“Hantu Dalam Botol Kicap” ~ Komedi Seram Yang Bakal Menggeletek Anda ~

Hantu Dalam Botol Kicap menjadi filem ke-7 arahan Azhari Zain yang mana merupakan pengarah yang berada dibawah Skim 10 Pengarah Muda MIG. Melalui filem ini juga,kredibiliti Azhari Zain juga diuji dengan menampilkan bakat-bakat baru buat pertama kalinya ditampilkan di layar perak.Mikael Andre,Zalif Sidek,Mon Ryanti,Epy Raja Lawak dan Wawa Zainal merupakan antara pelakon baru yang menjayakan filem ini.

Penggambaran filem ini dijalankan pada sekitar 2011.Lokasi adalah di sekitar  Sijangkang dan Banting,Selangor. Pemilihan lokasi adalah bagi memberi mood serta latar cerita filem ini yang mana skrip memerlukan suasana kampung dan persekitaran yang menghijau. Hantu Dalam Botol Kicap telah mula ditayangkan dipawagam pada 9 Februari 2012.

Sinopsis

Aminah dan suaminya,Hussin pulang ke kampung bersama tiga orang anak mereka, Azri, Epul dan Rina. Aminah ingin meminta ibunya, Nek Temah menjaga ketiga-tiga anaknya. Nek Temah seorang Dukun dikampungnya. Hari pertama tiga beradik itu di rumah Nek Temah, mereka diberitahu tentang pantang larang di rumah tersebut. Pertama, mereka tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua, mereka tidak boleh masuk bilik misteri yang diikat selempang merah.

Ketika Nek Temah keluar mengubat, Epul terpandang bilik yang diikat selempang merah dan kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba membuka pintu tersebut tetapi terhalang kerana Nek Temah berdiri di belakangnya.

Pada suatu hari, Nek Temah menyuruh cucu-cucunya menangkap,mencabut bulu dan menyembelih ayam. Nek Temah ingin mengajar mereka agar bekerjasama dan akhirnya mereka berjaya menyempurnakan tugasan tersebut.

Semasa makan,Rina teringin untuk makan nasi bersama kicap. Epul mencadangkan agar mereka membuka pintu misteri tersebut. Ketika pintu terbuka, tangan Rina luka dan Epul menggunakan kain pengikat botol untuk membalut tangan kakaknya. Seekor hantu terlepas dan hampir mencekik Rina tetapi disergah oleh Nek Temah.

Apakah yang terjadi pada Rina, Epul dan Azri?

[nggallery id=42]

Check Also

TIPS: Lokasi Bulan Madu Dan Romantik Di Korea

Mungkin ramai sudah tahu, Pulau Jeju dan Pulau Nami merupakan destinasi menarik untuk di kunjugi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *