Penyanyi & Komposer Adam Ahmad Meninggal Dunia

adam-ahmad

Penyanyi dan komposer era 80-an yang popular dengan lagu ‘Kau Pergi Jua’ iaitu Adam Ahmad telah meninggal dunia pada pukul 12.15 malam tadi di Hospital Ampang.

Allahyarham meninggal dunia akibat penyakit kencing manis, tekanan darah rendah dan jangkitan kuman dalam darah.

Jenazahnya akan di bawa ke rumahnya di Taman Chempaka Ampang dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Cempaka, pada pagi ini.

Perkara tersebut di sahkan oleh rakan seangkatannya Ibnor Riza dan Azizul Khamis, melalui laman sosial Facebook.

Adam, 49, juga dikenali sebagai komposer lagu yang menaikkan nama penyanyi Aishah iaitu ‘Janji Manismu’. Lagu itu pernah menjuarai pertandingan Juara Lagu 1990.

Allahyarham telah bernikah dengan wanita pilihannya, Norliza Ayat, pada tahun 2010.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah.

Sumber – MalaysianDigest

Check Also

DALAM INGATAN INTAN MAYA & ASHTIN TARUHAN SEGAR SRC

KUALA LUMPUR, 24 JUN 2025 — Suria Records Sdn Bhd terus gah memperkenalkan bakat baharu …

selebritionline portal hiburan

AKU STACY MENGGEGAR SICC: KONSERT PENUH EMOSI & TENAGA DI SABAH

KOTA KINABALU, 23 JUN 2025 – Malam penuh sejarah tercipta apabila hampir 3,000 peminat membanjiri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *