Ungu Yakin Konsert Malam Raya Haji Dapat Sambutan

Ungu Yakin Konsert Malam Raya Haji Dapat Sambutan | Band popular Indonesia, Ungu yakin konsert yang bakal diadakan pada 23 September ini akan dipenuhi peminat setia mereka meskipun hari konsert berkenaan jatuh pada malam raya Aidiladha. Konsert yang diberi nama Konsert Ungu Mozaik Tour 2015 itu akan berlangsung di Mega Star Arena Kuchai Lama, Kuala Lumpur jam 8 malam.  

Bercakap pada sidang media sempena konsert tersebut, Pasha berkata, setelah dua tahun tidak mengadakan konsrt di Malaysia, mereka kembali dan teruja untuk menghiburkan peminat.

“Kami yakin, peminat akan memenuhi konsert kami meskipun malam itu malam raya. Saya harap konsert kami ini nanti akan berjalan lancar. 

“Sudah 10 tahun kami aktif di Malaysia dan ia bukan sesuatu yang senang untuk kami bermain muzik dan berkarya jika tiada sokongan daripada pihak syarikat rakaman dan juga peminat-peminat kami di sini. 

“”Mengadakan konsert di Malaysia adalah saat yang kami sentiasa nanti-nantikan. Kali terakhir kami adakan konsert pada dua tahun lalu. Kali ini kami teruja untuk kembali menghiburkan peminat,” katanya yang mewakili anggota lain iatu terduri daripada Enda, Onci, Makki dan Rowman.

Menjanjikan persembahan lebih daripada 15 lagu, termasuk lama dan baharu, selain itu Ungu akan turut berduet bersama Stacy mendedangkan lagu berjudul Berteman Sepi. Juga lagu Ku Pinang Kau Dengan Bismillah berduet dengan pendatang baru Wanie Kayrie.

12028743_10154053730836509_8163867190849077811_o

Selain di Kuala Lumpur, Ungu juga akan menemui peminat menerusi showcase di CityOne Mall, Kuching, Sarawak dan South Autrium One Borneo Hypermall, Kota Kinabalu, Sabah.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan ungu bakal dibubarkan ekoran Pasha kini sudah terjun ke dunia politik, salah seorang lagi anggotanya iaitu Makki berkata, dakwaan itu sama sekali tidak benar. 

“Bukan pembubaran. Kami sudah bersama-sama dalam dunia muzik hampir 20 tahun. Tetapi dalam tempoh itu ada di antara kami yang punya agenda dan keinginan tersendiri.

“Jadi sekarang, Ungu hanya melaksanakan hal-hal yang belum pernah kami lakukan sebelum ini.

“Pasha dengan dunia politiknya, sementara Enda dan Onci juga punya projek berdua. Ungu pula baru menubuhkan produksi dan merancang untuk mengambil artis-artis Malaysia juga Indonesia sebagai artis naungan kami, kelak,” katanya. 

Check Also

“Mereka Yang Tertewas: Kisah Perjuangan Dakwah Lebai Pa”

“Mereka Yang Tertewas” adalah sebuah adaptasi novel karya Hasanuddin MD Isa yang diadaptasi untuk filem.Filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *