Mungkin ramai sudah tahu, Pulau Jeju dan Pulau Nami merupakan destinasi menarik untuk di kunjugi di Korea. Apatah lagi untuk mereka yang ini berbulan madu di Negara Sonata.
Malah banyak drama Korea yang telah menampilkan Pulau Jeju dan Pulau Nami sebagai lokasi penggambaran. Selain dua pulau ini, ada dua lagi lokasi menarik yang boleh dikategorikan sebagai tempat yang romantik.
Pertama adalah Jeonju iaitu perjalanan yang memakan masa lebih 2 jam dengan menaiki bas dari Seoul. Menariknya disini adalah ada perkampungan bawah tanah yang mana didinding rumah banyak dihiasi mural yang kreatif.Malah, disini juga banyak perkampungan tradisional orang Korea yang masih belum banyak dilawati oleh pelancong.
Memandangkan Oppa baru saja pulang dari Damyang, Jeollanamdo, Oppa juga diberitahu lokasi ini juga menarik dan popular untuk honeymoon. Malah, banyak pasangan di Korea datang ke sini untuk menikmati permandangan hutan buluh.
Tempoh durasi ke lokasi ini hanyalah 3 jam menaiki bas dari Seoul dan amat murah. Sejujurnya, Jeollanamdo juga seperti Jitra Kedah.
Untuk ketahui lebih lanjut tentang lokasi ini, hantarkan emel ke hi@selebritionline.com.