MUSIKA #YUKDANGDUT “VIOLA ARSA”

VIOLA ARSA, penyanyi dangdut Indonesia yang mula meningkat naik dengan single beliau berjudul “Selfie”  dan “KPK” Kangen Pengen Ketemu. Merupakan pendatang baru dalam industri dangdut Indonesia, Viola pernah mempertaruhkan single bertajuk ‘Kangen Pengen Ketemu’ (KPK) sekitar pertengahan tahun 2014. Menganggap panggilan Viola membawa tuah kepada gadis kelahiran Magelang, beliau turut merasakan nama itu membawa kegembiraan kepada pecinta muzik dangdut.Musika #YukdangdutViola Arsa” bakal ke udara pada 2 Januari 2016 jam 3.30 petang.

Tambahnya, muzik sering membawakan kegembiraan kepada setiap yang mendengarnya, dengan itu beliau berharap dengan kehadirannya dalam arena muzik dangdut ini memberikan ‘nafas’ baru. Selain itu, Viola memilih untuk mempertengahkan muzik dangdut kerana berasakan muzik dangdut memberi hiburan maksima kepada pendengar. Katanya lagi, dangdut membuatkan pendengar rasa ‘bahagia’.

DSC_9125

Viola yang dilahirkan pada 31 Juli 1991, berharap dengan kemunculannya di Malaysia dapat menghiburkan peminat muzik dangdut lebih-lebih lagi klip video bertajuk ‘Selfie’ mula menjadi viral di laman sosial.Mengambil peluang dengan menggunakan populariti ‘selfie’ di kalangan pengguna telefon pintar pada masa kini, Viola mahu terus diingati dengan ‘buah tangan’ terbaru beliau ini. Sehubungan itu Viola juga berharap pendengar di Malaysia terus menyokong irama dangdut dan tidak memperlekehkan irama ini kerana ia juga memiliki kelas tersendiri.

Menerusi kempen #Yukdangdut ini juga, pelbagai rancangan menarik lain seperti program realiti ‘ Kontes Dangdut Indonesia 2015‘ yang bersiaran pada setiap Sabtu & Ahad jam 4 petang di saluran Bintang 141. Kempen ini juga akan menjelajah ke beberapa buah penempatan Felda di Negeri Sembilan, Pahang, Johor dan lain2 menerusi Gempak Keluarga Felda (ASTRO). Semoga dengan kemunculan kempen #YUKDANGDUT ini, ia dapat menghangatkan kembali muzik dangdut sekaligus mengubati kerinduan para peminat dangdut.

Hiburan Terkini dan Terbaik Indonesia Tanpa Henti hanya di Pakej Indopek. Di Saluran Bintang 141 dan Pelangi 142 kini menyajikan lebih banyak program-program hebat dan menarik dari Seberang, khas buat tontonan peminatnya. Dengan langganan hanya RM12.00 sebulan, penonton dapat menikmati program realiti,filem-filem hebat, rancangan komedi, rancangan bual bicara,kulinari & banyak lagi.

Untuk melanggan sila ke saluran 200 atau layari www.astro.com.my/shop

Check Also

Stor flagship Luckin Coffee Malaysia di SkyAvenue Resorts World Genting

LUCKIN COFFEE PERKUKUH PENGALAMAN PELANGGAN DI MALAYSIA

Luckin Coffee Malaysia terus memperkukuh kehadiran jenamanya menerusi pendekatan pengalaman pelanggan yang lebih holistik. Langkah …

Poster filem Road to Vendetta

ROAD TO VENDETTA BAWA NAFAS BARU DUNIA ASSASSIN

Road to Vendetta ialah filem aksi kerjasama Hong Kong–Jepun arahan Njo Kui Ying, dibintangi Jeffrey …

Leave a Reply