FATIN Dinobat CLEVER GIRL Pertama MALAYSIA

Ahad lalu, 2.1 juta penonton TV3 telah saksikan Fatin Nuraisya atau lebih dikenali sebagai Fatin, Clever Girl dari Kelantan dinobatkan sebagai Clever Girl Pertama Malaysia dalam rancangan Clever Girl Malaysia musim pertama. Rancangan yang telah menerima banyak kecaman itu ternyata lebih bermakna jika dibandingkan dengan tanggapan buruk netizen apabila jumlah penonton (ratings) episod akhir Clever Girl Malaysia mencecah 2.1 juta dan 32% sher sepanjang rancangan itu berlangsung malam itu.

Dalam Pentas Akhir Clever Girl Malaysia itu, pihak produksi masih mengekalkan empat segmen utama iaitu Clever Girl Bersamamu, Pusingan Pertama, Pusingan Kedua, dan Pusingan Akhir. Dalam segmen Clever Girl Bersamamu, penonton menyaksikan rakaman khidmat masyarakat para peserta Clever Girl Malaysia menjalankan aktiviti khidmat sosial masyarakat. Di mana minggu itu, keempat-empat peserta Clever Girl Malaysia telah berganding bahu dengan World Wildlife Fund (WWF) dalam mengusahakan kempen ‘My Fin My Life KL’ di pusat beli belah 1 Utama. Bersama WWF, finalis Clever Girl Malaysia akan membantu mereka mengumpul sebanyak mungkin pengikrar demi mendapat sokongan dalam kempen menyelamatkan ikan yu daripada aktiviti pemburuan sisip ikan yu.

Pusingan Akhir Antara Arina dan Fatin

Di Pentas Akhir Clever Girl Malaysia telah bermula seperti biasa dengan cabaran kuiz Pusingan Pertama, di mana para finalis Clever Girl akan diuji dari segi mental. Dalam Pusingan Pertama ini, para finalis akan bersaing untuk menjawab 10 soalan yang dikemukakan, dan setiap soalan bernilai 5 markah. Namun, finalis yang mempunyai markah terendah akan disingkirkan pada akhir Pusingan Pertama, iaitu Jane (Perak)

Seterusnya, dalam Pusingan Kedua Pentas Akhir Clever Girl Malaysia, 10 soalan juga telah dikemukakan, tetapi pemberian markah akan diberi antara 10 hingga 100 markah dengan tetapan pola menaik. Setiap jawapan salah yang diberikan oleh finalis, markah terkumpul mereka di pusingan ini akan kembali sifar jadi mereka perlu berhati-hati dalam menjawab soalan. Di akhir pusingan ini, dua finalis iaitu Mary (Pahang) dan Fatin (Kelantan) mempunyai markah terendah dan telah bertarung dalam sesi penyingkiran kalah mati. Dalam sesi penyingkiran ini, kedua-dua finalis ini akan diuji dengan menyelesaikan satu ujian IQ dimana mereka diberi satu bingkai serta beberapa bentuk ‘T’. Mereka perlu memuatkan huruf ‘T’ itu di dalam bingkai yang disediakan tanpa sebarang pertindihan. Di akhir pusingan ini, Fatin telah berjaya menyelesaikan masalah bingkai itu kurang daripada 5 saat, lantas menyingkirkan Mary dari pusingan itu dan mara ke pusingan akhir menentang Arina (Selangor) 

Empat Finalis Clever Girl Malaysia
Empat Finalis Clever Girl Malaysia

Pentas Akhir Clever Girl Malaysia diteruskan dengan Pusingan Akhir bersama Fatin dan Arina. Permainan dalam pusingan penentuan ini, kedua-dua finalis hanya perlu menjawab 10 soalan setiap seorang dan Fatin telah berjaya menentang Arina dengan mata 6-4 jawapan betul lalu dinobatkan Clever Girl Pertama Malaysia Pertama serta membawa wang tunai RM100, 000.

Program realiti ini dihoskan oleh Alif Satar dan dibawakan oleh penaja rasmi Lady’s Republic, “Menyingkap Rahsia Kecantikan Abadi”. Keanggunan para peserta Clever Girl Malaysia ini pula digayakan oleh BawalScarf by Aidijuma dan BlossomRTW by BlossomBoxStore selaku Penaja Bersama. Rancangan ini turut ditaja oleh Nin Jiom, Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak. Clever Girl Malaysia turut mendapat sokongan geng-geng media seperti Berita Harian, New Straits Times, radio-radio hangat Hot FM dan Fly FM, serta portal video nombor satu negara Tonton.

Pengumuman Fatin CG Pertama Malaysia

Clever Girl Malaysia yang telah bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam setiap Ahad bermula 13 Mac 2016 pada jam 9.00 malam di TV3. Para penonton juga berpeluang untuk mengikuti perkembangan dan persiapan Clever Girl Malaysia dalam Diari Clever Girl Malaysia pada setiap hari Ahad jam 6.00 petang bermula 6 Mac 2016 lalu serta di portal video Tonton.

Para penonton turut dijemput untuk memeriahkan dunia maya Clever Girl Malaysia dengan penggunaan hashtag #clevergirlmy. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/clevergirl dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Check Also

“Mereka Yang Tertewas: Kisah Perjuangan Dakwah Lebai Pa”

“Mereka Yang Tertewas” adalah sebuah adaptasi novel karya Hasanuddin MD Isa yang diadaptasi untuk filem.Filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *