‘MUNGKIN’ Taruhan DIA BAND

Berbekalkan single pertama berjudul “Mungkin”, Dia Band, sebuah kumpulan baru yakin bahawa ini adalah tiket bagi mereka memasuki industri hiburan tanah air.

Dia Band ditubuhkan pada tahun 2012 dianggotai lima pencinta muzik terdiri daripada Rafie (gitaris), Eppy (keyboardist), Fauzi (dram), Yazid (vokal) dan Didin (bassist). Kumpulan ini merupakan artis pertama di bawah naungan Eizi Productions.

dia-band-members-name

Vokalisnya, Yazid merupakan bekas finalis rancangan realiti Akademi Fantasia musim yang ketujuh, seangkatan dengan rakan-rakannya yang lain seperti Hafiz Suip dan Akim Ahmad. Setelah bergelar alumni Akademi Fantasia, Yazid tetap meneruskan minatnya dalam industri seni nyanyian dan tarian di mana dia juga pernah memasuki rancangan realiti tarian Showdown 2011.

Dia Band yang berasal dari Johor, diketuai oleh Fauzi selaku pengasas dan pemain dram pada asalnya menggunakan nama Eizi Band yang kemudiannya ditukar menjadi Dia Band yang lebih komersial.

Memasuki tahun keempat sebagai sebuah band, Dia Band akhirnya muncul dengan single pertama mereka sendiri yang bertajuk ‘Mungkin’. Single ini telah dicipta dan diterbitkan sepenuhnya oleh komposer berprolifik, Edry Abdul Halim.

dia-band-cover

Keputusan mengambil Edry Abdul Halim selaku komposer dan penulis lirik bagi single pertama ini merupakan keputusan mereka bersama untuk bekerjasama dengan komposer yang lebih professional dan berpengalaman bagi melahirkan buah tangan mereka yang pertama.

Dengan konsep muzik pop/ rock balada, Dia Band dipengaruh oleh aliran muzik indo-pop seperti kumpulan Kerispatih dan Ungu, namun tetap mencari kelainan dengan elemen Melayu moden yang begitu mesra dalam kalangan pendengar tempatan.

Dia Band dan Eizi Productions yang juga merupakan sebuah syarikat sound and light rental telah bekerjasama dengan KRU Music sebagai pengedar rasmi. Selain berharap ‘Mungkin’ menjadi tiket bagi mereka memasuki industri hiburan tanah air secara mainstream, kumpulan ini juga berharap peminat dapat menerima kehadiran mereka sebagai Dia Band.

“Mungkin” secara rasminya telah dilancarkan pada 20 Jun 2016 dan sehingga kini video liriknya telah ditonton sebanyak 21,355 kali di laman Youtube KRU Music. Selain itu, lagu ini juga boleh mula dimuat turun di iTunes, Spotify, dan pelbagai platform muzik digital yang lain.

Check Also

Poster Disney Twisted-Wonderland menampilkan Yuken Enma dan watak ikonik Disney dalam gaya anime.

DISNEY TWISTED-WONDERLAND DEBUT OKTOBER INI DI DISNEY+

Satu lagi karya menarik bakal memikat peminat anime apabila Disney Twisted-Wonderland: The Animation dilancarkan 29 …

Cradle tampil semula dengan album baharu Hela Nafasku dan persembahan Cradle Live! bersama Datuk Ramli Sarip.

CRADLE KEMBALI DENGAN ALBUM BAHARU HELA NAFASKU

Band rock alternatif terkenal, Cradle kembali mencipta gegaran menerusi pelancaran album studio baharu berjudul Hela …

Leave a Reply