SKANKIN FESTIVAL 2016

Buat julung kalinya, Cartel Production akan membawakan sebuah konsert berkonsepkan reggae dan ska yang pertama di Malaysia iaitu Skankin Festival 2016!Cartel production, sebuah syarikat produksi baru yang diterajui oleh sekumpulan anak muda berwawasan tinggi menganjurkan Skankin Festival 2016 ini yang bertujuan untuk mempertengahkan muzik bergenre reggae dan ska yang dahulunya dianggap ‘underground’ ke arus perdana.

Selain itu, penganjuran konsert ini juga bertujuan menjadi salah satu platform bagi anak muda dan pemuzik reggae dan ska berkarya dan mengekspresikan muzik perjuangan mereka melalui persembahan pentas.

Konsert ini bakal diadakan di KL Live Centre, Kuala Lumpur pada 24hb Disember 2016 dari jam 3 petang hingga lewat malam, menampilkan 12 buah band reggae dan ska terkenal di Malaysia. 12 band yang terlibat ialah Salam Musik, Gerhana Ska Cinta, Purevibracion, Republic of Brickfield, Plague of Happiness, Sharpshooter, Skudap Skudip, Wakakukz, Johny Comes Lately, Rosewood, Mbex Firdaus and The Souljah, dan Budak Nakal Hujung Simpang.

img_7140

Skankin Festival 2016 yang bakal berlangsung tidak lama lagi ini juga merupakan langkah pertama bagi Cartel Production sebelum melebarkan lagi sayap mereka dengan menghasilkan album kompilasi reggae dan ska.Selain itu, Skankin Festival 2016 ini juga merupakan konsert pengenalan dan menjadi persediaan bagi konsert jelajah yang dijangkakan bermula pada tahun hadapan di seluruh Malaysia, juga di Singapura dan Indonesia.

Konsert yang dijangkakan berlangsung selama lebih enam jam ini bakal mempersembahkan lebih 50 buah lagu dari kesemua 12 buah band.

img_7142

Tiket-tiket bagi menyaksikan Skankin Festival 2016 ini sudah pun mula dijual dengan harga RM90 bagi 200 tiket early bird dan RM110 bagi tiket biasa serta RM130 bagi tiket VIP. Harga yang cukup berpatutan untuk menikmati lebih 12 buah band selama lebih enam jam!

Tiket-tiket boleh dibeli di Cartel Coffeeshop bertempat di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, di laman web www.skankinfestival.asia, atau menerusi talian 013-2280788/ 018-2711730. Skankin Festival 2016 ini juga mendapat sokongan Selebriti Online dan Rentak Sejuta sebagai rakan media online.

Check Also

Lebih 200 artis dan pemuzik hadir ke Konvensyen Pemuzik Karyawan 2026 bagi membincangkan isu royalti, AI dan hala tuju industri muzik negara.

KONVENSYEN PEMUZIK KARYAWAN 2026 BINCANG ROYALTI ARTIS, AI DAN MASA DEPAN INDUSTRI MUZIK

Lebih 200 artis, pemuzik dan penggiat industri muzik negara berkumpul di Restoran Saloma Kuala Lumpur …

Luqman Podolski mempromosikan single Ayah sempena Hari Bapa 2026

SINGLE “AYAH” ANGKAT REALITI KEHIDUPAN DALAM KARYA TERBAHARU LUQMAN PODOLSKI

Bersempena sambutan Hari Bapa yang diraikan pada 21 Jun 2026, Luqman Podolski tampil dengan karya …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *