Aplikasi E-INFAQ pemudah cara untuk beramal jariah

Infaq Channel Sdn. Bhd, telah melancarkan satu aplikasi yang akan menghubungkan badan-badan kebajikan, individu, mahupun organisasi yang memerlukan bantuan, tidak kira dari segi kewangan, manfaat yang diperoleh dari wakaf, dan kemudahan asas. Aplikasi E-INFAQ ini telah dibina dan dimajukan oleh INFAQ Channel Sdn. Bhd. Sejajar dengan maksud disebalik perkataan INFAQ ( membelanjakan harta ke jalan Allah), ia juga membawa objektif utama penubuhan aplikasi ini, iatu ingin membantu masyarakat diluar sana membuat amal dengan mudah dan cepat. Aplikasi ini mengenengahkan 3 (tiga) kaedah utama iatu INFAQ , Zakat, dan Wakaf. Untuk perkhidmatan Zakat, ia adalah satu projek koloborasi yang akan datang dalam membantu dan memudahkan proses pungutan dan pemberian zakat dengan badan-badan yang di iktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Manakala untuk perkhidmatan wakaf, pada masa ini, kitab tafsir Ibnu Kathir digunakan sebagai medium untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan. Disamping itu, aplikasi ini akan memudahkan dan mempercepatkan pengumpulan dana kepada yang memerlukan, dengan telus dan saksama. Ketua Pasukan Teknologi Infaq Channel Sdn Bhd, En Mohd Izzairi Yamin, menceritakan idea tertubuhnya aplikasi ini,

“ Saya amat berminat untuk membina aplikasi yang akan memberi impak besar dan mampu membantu masyarakat. Seringkali, situasi dimana terlalu ramai pihak yang memohon bantuan, menggunakan platform FACEBOOK, mahupun aplikasi Whatsapp, dimana cara tersebut kurang efisyen dan pemproses pencarian dan pemberian dana yang lambat. Dari permasalahan tersebut, rakan-rakan sepasukan dan saya, memikirkan cara yang terbaik, mudah dan cepat dalam melakukan transaksi amal jariah ini. Disitu lahirnya E-INFAQ. Tidak perlu lagi untuk mengingati nombor akaun yang panjang atau menghantar cek ke satu organisasi yang mereka ingin dermakan. Hanya gunakan aplikasi ini! Kami mahu menjadikan „INFAQ‟ atau bersedekah, satu rutin dan bukan sahaja budaya.”

Perbezaan utama dan kekuatan aplikasi ini, adalah konsep telus dan saksama. Ia amat dititk beratkan kerana ia melibatkan amanah dari pihak luar. Oleh yang demikian, aplikasi ini mempamerkan transaksi secara langsung (live transaction), untuk setiap pengeluaran mahupun kemasukan wang kedalam aplikasi ini di laman web mereka iatu di www.einfaq.com. Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Infaq Sdn Bhd, En Tajuddin Idris, menegaskan,

“ E-Infaq amat berhati-hati dalam menempatkan individu ataupun organisasi yang ingin memohon dana menggunakan aplikasi kami. Kami telah menemui satu proses mekanisma dalam memastikan kesemua pihak yang terlibat dalam memohon bantuan menggunakan aplikasi kami adalah sahih dan tiada unsur-unsur penipuan.

Para pengguna aplikasi tidak harus khuatir dengan pihak yang terlibat dalam E –INFAQ kerana, pasukan kami telah menjalankan penilaian pasaran (market assessment) sebelum mereka dibenarkan menggunakan platform ini.”

Aplikasi ini boleh dimuat turun di ‘Google Play Store’ untuk pengguna Android dan ‘Apps Store’ untuk pengguna IOS, dengan hanya mencari kata kunci ‘einfaQ’. Besar harapan untuk menjadikan aplikasi ini sebagai medium utama dalam menggalakkan orang ramai membelanjakan harta ke jalan yang diredhai Allah S.W.T.

www.einfaq.com

Check Also

Infinix HOT 50 5G: Telefon Pintar 5G Terkuat dalam Kelasnya Akan Dilancarkan pada 7 Oktober

Infinix, jenama teknologi yang trendy dan direka khas untuk pengguna muda, dengan gembira mengumumkan pelancaran …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *