edf

Teh Wangi Ros 888

Teh Wangi Ros 888 keluaran Syarikat Thong Guan Trading Sdn Bhd (STGT) merupakan pembuat dan pengedar terbesar Teh,Kopi dan berbagai produk lain  di Malaysia di bawah jenama “888”. Ia adalah syarikat pemilikan penuh oleh Thong Guan Industries Berhad. Ia mula di usahakan pada tahun 1942 oleh Encik Ang Thong Guan.Pada tahun 2017, syarikat ini bakal menyambut ulang tahun yang ke 75 tahun.

Ianya bermula dari sebuah perniagaan keluarga,pakar dalam pembuatan teh yang di bungkus dengan jenama 888 serta beberapa jenama lain. Setelah selesai perang dunia ke 2,beliau telah mempunyai deretan van yang mampu mengedarkan barangan jenama lain. Hari ini jenama 888 telah menjadi satu jenama yang dikaitkan dengan kualiti dan ketahanan serta menajdi jenama yang berada di tangga teratas di dalam pasaran.

Teh berperisa kini menjadi penjenamaan tambahan di mana Teh Wangi Ros 888 telah menjadi teh yang paling banyak terjual di Kelantan dan antara 3 jenama paling popular bersama produk segera yang lain seperti minuman 3 dalam 1 yang bersesuaian dengan gaya hidup moden masakini.

Syarikat ini memperolehi ISO 22000 dari Standard Antarabangsa mengenai pengurusan keselamatan makanan,GMP dan sijil HACCP dari Kementerian Kesihatan Malaysia di samping sijil HALAL dari JAKIM. Teh dan Kopi 888 telah diedarkan secara meluas di Semenanjung Malaysia,Malaysia TImur dan juga dieksport ke negara-negara seperti Thailand, Brunei, China, Singapura, New Zealand,Hong Kong dan Taiwan.

cof

Produk 888 boleh didapati di pasaraya-pasaraya utama di Malaysia seperti TESCO, GIANT, Econsave, Mydin, Aeon BIG, NSK, Hero dan banyak lagi.

Check Also

Koleksi Amber Raya 2026 bertema Time for Love dengan duta jenama di Istanbul

AMBER RAYA 2026 ANGKAT KONSEP CINTA, WARISAN DAN KEANGGUNAN MODEN

Jenama fesyen tempatan Amber terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri apabila telah melancarkan kempen Raya terbaharu …

Koleksi baju kurung dan kebaya eksklusif Rizman Ruzaini Raya 2026 di Maison Rizman Ruzaini.

KOLEKSI RIZMAN RUZAINI RAYA 2026: ADUNAN HIKAYAT KLASIK DAN MODERNITI NUSANTARA

Dua dekad mengukuh dalam industri fesyen tanah air, jenama gergasi Rizman Ruzaini sekali lagi membuktikan …

Leave a Reply