Pegawai kanan SPRM pikat isteri orang bakal disiasat oleh Polis

Pihak polis akan menyiasat dakwaan bahawa seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cuba memikat isteri orang, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

“Kita akan siasat, macam biasa kalau ada laporan kita akan ambil tindakan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai laporan itu.

Semalam satu laporan polis dibuat berhubung dakwaan bahawa seorang pegawai kanan SPRM cuba memikat isteri orang yang merupakan satu kesalahan jenayah.

Menurut laporan yang dibuat ahli perniagaan berusia 37 tahun itu, beliau menyedari perkara itu apabila menonton sebuah rakaman video di YouTube.

Pengadu mendakwa bahawa wanita itu mempunyai dua orang anak dan pasangan itu bercerai September lalu berikutan pembabitan orang ketiga dalam perkahwinan tersebut.

Kes berkenaan boleh disiasat mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan atas tuduhan “memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan tujuan untuk mengadakan hubungan seks .”

Pesalah boleh dipenjara sehingga dua tahun, dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.

*Sumber MalaysiaKini

Check Also

Konsert Kristal OG 25 Tahun himpunkan ahli lama dan baharu di Zepp Kuala Lumpur

KONSERT KRISTAL OG 25 TAHUN HIMPUNKAN SEMUA AHLI ATAS SATU PENTAS

Selepas dua dekad lebih mewarnai industri muzik tanah air, Konsert Kristal OG 25 Tahun tampil …

Ari Lesmana Mangu KL di Zepp Kuala Lumpur suasana intim

MANGU ARI LESMANA KL BAWA EMOSI INTIM DI ZEPP

Satu malam yang bukan sekadar konsert, tetapi pengalaman emosi bakal tercipta apabila Ari Lesmana membawa …

Leave a Reply