Edisi keempat The Music Run™ by AIA Vitality akan berlangsung pada 4 November di lokasi baharu iaitu kompleks sukan kelas dunia yang diperbaharui, KL Sports City. Acara tahun ini akan menjadi yang pertama di dunia menawarkan tambahan baharu, trek 10km dengan catatan masa, seterusnya membenarkan Music Runners membawa prestasi kecergasan mereka ke aras baharu.
Penganjuran sulung The Music Run™ di Kuala Lumpur berlangsung pada tahun 2014 dan sejak itu, ia telah disertai oleh lebih 200,000 pelari menerusi penganjuran 25 acara yang melibatkan 12 negara, dari Malaysia ke Afrika Selatan. Penganjuran tahun lalu di Kuala Lumpur mencatatkan rekod penyertaan dengan 20,000 pelari berhimpun di Litar Antarabangsa Sepang untuk larian 5km dengan acara kemuncak berupa sebuah festival muzik epik di garisan penamat.
The Music Run™ amat berbangga untuk meneruskan usaha sama berterusan dengan penaja penganjuran, AIA Vitality. Eric Chang, Ketua Pegawai Pemasaran AIA Bhd. berkata, “Kami amat gembira untuk bekerjasama sekali lagi dengan The Music Run pada tahun ini di bawah jenama AIA Vitality. Misi kami adalah untuk membantu segenap individu menjalani kehidupan yang lebih lama, sihat serta baik. Malah, The Music Run merupakan cara terbaik untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa senaman adalah satu aktiviti yang menyeronokkan. Sama ada anda berjalan, berlari mahupun menari sepanjang laluan larian – setiap langkah penting untuk membuat perubahan positif dalam kehidupan anda.”
“Melalui kategori 10km yang baharu, kami berharap untuk menggalakkan Music Runners yang pernah mengambil bahagian dalam penganjuran terdahulu untuk mencabar diri mereka dan meningkatkankemampuan dengan berlari pada jarak yang lebih jauh!,” tambah Eric.
Pada tahun ini, Music Runners boleh memilih tahap larian masing-masing – sama ada jarak 5km atau 10km – dan mengambil bahagian dalam lapangan larian satu atau dua pusingan yang direka khas dan dikenali sebagai The Sound Track.
Penambahan dalam Sound Track termasuk ‘Zon Inspo’ serba baharu yang akan menggantikan lima zon muzik yang disediakan sebelum ini. Pelari kini akan mendengar satu senarai lagu yang dihasilkan untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada mereka sepanjang larian. Dengan pembesar suara yang dipasang pada setiap 50m yang menyiarkan 150,000 watt irama larian terbaik, ia pasti akan memacu tahap kecergasan yang baharu kepada peserta.
Band rock kegemaran tempatan, Kyoto Protocol, akan menghiburkan peserta sebelum sesi senaman memanaskan badan, sementara para pelari pasti tidak sabar untuk bergembira di parti garisan penamat penuh semangat yang disediakan oleh DJ Sam Withers dari Australia. Aktiviti-aktiviti menarik lain yang disediakan sepanjang laluan larian dan perkampungan muzik akan diumumkan menghampiri hari acara kelak.
The Music Run™ juga berbesar hati untuk meneruskan kerjasama dengan syarikat dari Malaysia, AirAsia yang juga penaja serantau bagi penganjuran acara ini di Asia. Syarikat penerbangan tersebut juga merupakan pemilik salah satu ‘Zon Inspo’ pada 4 November ini. Buat masa ini butiran mengenai ‘Zon Inspo’ dirahsiakan untuk memberikan kejutan tetapi peserta pastinya tidak memerlukan sayap untuk melayari zon ini!
Individu yang berminat untuk menyertai acara ini boleh mendaftar menerusi laman www.themusicrun.com.my. Tiket berharga dari RM90 dengan penyertaan percuma kepada kanak-kanak berusia di bawah lima tahun. Kesemua Music Runner akan menerima pingat penamat 2017 yang baharu dengan pilihan dua pek acara: Pek Standard yang merangkumi sehelai t-shirt acara, gelang RFID, pelekat tatu sementara dan beg tali cerut; atau meningkatkan pilihan ke Pek Rock Star yang juga melibatkankesemua item dalam pek Standard dengan topi Rock Star edisi terhad dan kaca mata hitam bersertaikatan pinggang bergaya untuk menyimpan telefon dan item-item peribadi ketika larian.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web atau Facebook The Music Run™.