Butik Qashmeera berkolaborasi dengan pereka fesyen terkenal Amir Kadir untuk Ready To Wear Bridal

Butik Qashmeera bakal berkolaborasi dengan pereka fesyen terkenal iaitu Amir Kadir pada suku pertama tahun 2018. Kedua-dua pihak baru sahaja memeterai perjanjian sebentar tadi di Butik Qashmeera, Bandar Baru Nilai. Ia merupakan permulaan yang baik untuk tahun 2018 yang bakal menjengah dalam beberapa hari lagi.Turut hadir sama dimajlis ini adalah pelakon Lisdawati, Aleza Shadan serta penyanyi Ayu Damit.

Butik Qasmeera diasaskan oleh Che Lee atau nama sebenar Rosli Hamzah pada 2016.Qashmeera yang sebelum ini terkenal dengan tudung dan shawl bakal berubah ke Ready To Wear Bridal. Semua rekaan untuk Ready To Wear Bridal akan direka oleh Amir Kadir.

“Buat masa sekarang, nama produk untuk kolaborasi di antara Qashmeera dengan Amir Kadir masih belum diputuskan lagi. Ia bakal diumumkan dalam masa terdekat ini. Semua rekaan bakal direka oleh pereka Amir Kadir tetapi eksklusif hanya untuk Qashmeera sahaja, ia tidak akan sama dengan koleksi bridal rekaan Amir Kadir,” ujar Amir Kadir.

“Kolaborasi ini dijangka bermula pada bulan Mac atau April 2018 depan. Sebelum itu, Qashmeera akan menghabiskan semua stok koleksi yang ada di butik dengan beberapa tawaran diskaun untuk semua pengunjung. Jadi selepas ini, Qashmeera akan menumpukan sepenuhnya produk Ready To Wear Bridal bersama Amir Kadir”, tambah Che Lee.

Pelakon Lisdawati, Aleza Shadan serta penyanyi Ayu Damit menggayakan tudung terbaru Qashmeera Miera Butterfly Premium

Qashmeera telah pun mengeluarkan koleksi terbaru tudung iaitu Miera Butterfly Premium . Koleksi tudung ini mengandungi 14 warna satu rekaan dan berharga RM89.90 setiap satu. Oleh kerana ia adalah edisi terhad, maka hanya 14,000 helai tudung sahaja yang akan dijual.

Check Also

DRE Coffee Cyberjaya kafe 24 jam konsep AI komuniti moden

DRE COFFEE CYBERJAYA BUKA 24 JAM, KONSEP KOPI AI CETUS PERHATIAN

Cyberjaya kini ada pemain baru yang tak datang main-main. DRE Coffee Cyberjaya tampil dengan konsep …

Hawa Rizwana sebagai duta Estika Medispa mempromosikan rawatan estetik bukan invasif

HAWA RIZWANA PILIH RAWATAN ESTETIK BUKAN INVASIF

Pengacara dan personaliti televisyen Hawa Rizwana menegaskan bahawa pembedahan plastik bukan pilihan buat dirinya. Sebagai …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *