Gema Lebaran 2018

Bersempena dengan menyambut kedatangan Ramadhan dan Syawal bagi tahun ini, Gema Lebaran 2018 bakal mengadakan Festival Raya Terbesar yang akan menghimpunkan 400 barisan jenama terkemuka Malaysia. Acara ini bakal berlangsung selama dua hari pada 26 & 27 Mei bertempat di MAEPS Serdang.

Objektif festival ini adalah untuk menghimpunkan jenama-jenama terkemuka Malaysia bagi memenuhi kelengkapan raya dari pakaian hinggalah ke juadah serta kuih raya. Menurut Iffah Hamed, Pengurus Operasi Gema Lebaran, “Ini adalah masa terbaik untuk usahawan melancarkan produk raya kerana terbukti masyarakat kita memang suka berbelanja setiap kali menjelang SYAWAL. Mungkin raya tahun ini , jenama anda akan dilihat sebagai penanda aras kejayaan yang MEROKET dengan banjiran MANUSIA dalam 1 event BESAR dengan adanya marketing yang padu dan ruang untuk ditonjolkan.”

Antara jenama-jenama besar adalah Minaz, Mumuscarves, Lily Petuna, Losravelda, Calaqisya, Telekung Siti Khadijah, Zawara, Shawlpublika, Syafieq Aiman, Qie Rahman, Radiusite, MM Basic, Fana Couture, Marshmallowscraf, Rina Salleh Clothing, Qaira Hijab, Airaz.my, Abstrax, Rumah Kebaya by Fasha Sandha, Madame Izara by Izara Aishah, RCW by Rozita Che Wan, Vibes of Colours by Ruhainies, SR Empire by Saharul Ridzwan dan ramai lagi.

Gema Lebaran 2018 akan memodifikasikan festival raya di Malaysia dan sekaligus menjadikan Gema Lebaran 2018 sebagai festival raya terbesar tahun ini dengan sasaran seramai 150,000 pengunjung yang bakal membanjiri ruang di MAEPS.

Selain dapat membeli belah, para pengunjung yang bertuah juga berpeluang memenangi baucer raya bernilai RM 10,000 untuk berbelanja di festival ini. Bukan itu sahaja, dua buah iPhone X benilai RM 12,000 juga bakal diberikan kepada dua pemenang yang bertuah dalam kempen TagShareWin yang sedang berjalan di laman sosial Gema Lebaran 2018.

Bagi memudahkan pengunjung tanpa perlu memikirkan masalah parkir dan menjimatkan masa, Gema Lebaran juga turut akan berkolabrasi bersama Grab Malaysia.

Pengunjung juga berpeluang menikmati diskaun voucher Zalora yang akan diedarkan khas sepanjang acara Gema Lebaran 2018.

Check Also

DRE Coffee Cyberjaya kafe 24 jam konsep AI komuniti moden

DRE COFFEE CYBERJAYA BUKA 24 JAM, KONSEP KOPI AI CETUS PERHATIAN

Cyberjaya kini ada pemain baru yang tak datang main-main. DRE Coffee Cyberjaya tampil dengan konsep …

Hawa Rizwana sebagai duta Estika Medispa mempromosikan rawatan estetik bukan invasif

HAWA RIZWANA PILIH RAWATAN ESTETIK BUKAN INVASIF

Pengacara dan personaliti televisyen Hawa Rizwana menegaskan bahawa pembedahan plastik bukan pilihan buat dirinya. Sebagai …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *