Dalam kehidupan zaman serba moden sekarang ini, tidak dinafikan masih ada lagi segelintir yang masih mempertahankan adat yang diwarisi sejak turun-temurun.
Misalnya, dalam Adat Pepatih yang diamalkan di Negeri Sembilan, perkahwinan pasangan sesama suku memang tidak digalakkan.
Itulah yang cuba dipaparkan dalam filem terbaharu berjudul This Is Pilah: The Movie yang akan ditayangkan di pawagam pada 21 Jun 2018.
Filem terbitan Madness Films Sdn. Bhd. itu menampilkan barisan pelakon seperti Juzzthin, Zaidatul Iesna, Kazar Saisi, Ebby Yus, Joey Daud serta penampilan khas penyanyi popular iatu W.A.R.I.S.
Pengarahnya, Rosdi Md. Dali berkata, filem berkenaan digarap 100 peratus menggunakan bahasa dialek Negeri Sembilan.
“Uniknya filem This Is Pilah ini kerana ia sepenuhnya menggunakan dialek Negeri Sembilan. Kesemua pelakon yang dipilih juga mempunyai asal-usul dari sini, sekali gus membuatkannya filem ini harus ditonton semua pihak,” katanya.
“Kalau ditanya tentang cabaran pula, saya perlu betul-betul berikan perhatian pada lontaran dialog setiap pelakon memandangkan saya bukan anak kelahiran Negeri Sembilan,” ujarnya yang baru kali pertama mengarahkan filem.
Tambah Rosdi, proses penggambaran filem berkenaan dilakukan pada bulan September 2017 di Kuala Pilah selama 16 hari.
“Kalau ditanya tentang harapan pula, sudah tentu saya menginginkan filem ini ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia.
“Bagi saya, menerusi filem ini masyarakat akan dapat mengenali dengan lebih dekat budaya dan adat masyarakat di Negeri Sembilan,” jelasnya.
SINOPSIS
Drama ini mengisahkan tentang percintaan seorang pemuda bernama Jasni yang sudah lama menaruh hatinya pada Ara, gadis kampung pilihannya. Namun agak sukar untuk Jasni mengambil hati ibu Ara , Mak Siti yang memang dari mula tidak suka dengan Jasni yang dilihatnya sebagai seorang pemuda yang tidak mempunyai masa depan yang cerah walaupun bapanya, Pak Dollah, merupakan seorang usahawan yang berjaya.
Ibu Ara mahukan bakal menantunya seorang yang dapat memberikan kebahagiaan kepada Ara, tanpa Ara perlu bekerja untuk mendapatkan rezekinya sendiri.Keadaan menjadi semakin kelam kabut apabila secara senyap-senyap, Pak Dollah sebenarnya juga sudah jatuh hati dengan Mak Siti. Dan untuk mengurangkan kekeliruan nanti, Pak Dollah dan Mak Siti tidak menggalakkan langsung Jasni berkahwin dengan Ara. Alasan yang diberikan ialah Jasni dan Ara adalah dari satu suku yang sama dan mengikut Adat Pepatih perkahwinan seperti ini sangat tidak digalakkan.
Impian Jasni semakin sukar apabila mendengar khabar yang Ara akan dipinang oleh seorang pemuda dari Seremban. Jasni tidak putus asa sehinggalah disahkan yang Pak Dollah akan menikah dengan Mak Siti. Namun Jasni mendapat semula semangatnya apabila dia disedarkan oleh Waris yang dia adalah anak angkat dan tidak mempunyai talian langsung dengan keluarga Ara dan bukannya dari satu suku yang sama. Walaupun begitu, Jasni perlu bertindak segera sebelum Ara menerima peminangan dari pemuda Seremban itu.
Barisan Pelakon This Is Pilah: The Movie
JUZZTHIN – JASNI
ZAIDATUL IESNA MOHD RAUS – ARA
KAZAR – PAK DOLLAH
ELIZA MUSTAFA – MAK SITI
JOEY DAUD – HANIF
EBBY YUS – BRAHIM
NEN TEBABO – JENAB
ALIN ANJE – AYU
CHOT XOXO – NUBHAN
PUTERI NAYLI SHAKIRAH – ARA 12 TAHUN
AMMAR MOHIDEN – JASNI 12 TAHUN
MUHAMMAD ASIM BIN MOHIDEN – HANIF 12 TAHUN
AHMAD YASIR BIN MOHIDEN – ATAN
QAISARA BATRISYIA BT ADLY EFFE – BERBASIKAL PINK
NAJIB MUSTAFA – TOK 1 PAK UDIN
MOHD FAZREEN BIN MOHD – TOK 2
MOHD NOR BIN MOHD AMIN – TOK J TOK ADAT
ADAM TAHIR – TOK PENGHULU
FALYQ (ZAZAN) – CALON SUAMI 1
ELLY ARIFFIN – LIZA
ARMI SYARIN ABD RAZAK – PENGAPIT LELAKI
FARA BELLA – PENGAPIT PEREMPUAN
UNDANGAN KHAS
- TUK JOHAN PAHLAWAN LELA PERKASA SETIAWANMUHAMMAD ABDULLAH (UDANG LUAK JOHOL)
- Y.T DATO’ SRI HASAN MALEK
- ITO BLUES GANG
- A.R.I.S
SKRIP – AMIN SHAKIB
PENGARAH – ROSDI MD. DALI
PENERBIT BERSAMA – RICHARD UNG & MUHAMAD RAZLAN ISMAIL
PENERBIT – SAHFIRULNIZAM HARON