Pusat Beli-Belah IPC, destinasi beli-belah bagi komuniti sekeliling, berbesar hati untuk memperkenalkan tema ‘Keriangan Aidilfitri’-nya sempena Ramadan serta Syawal yang bakal menjelang tiba. Mulai sekarang hingga 24 Jun 2018, pengunjung akan terpesona dengan pameran ikon-ikon permainan tradisional gergasi yang bersifat interaktif di setiap pelosok pusat beli-belah ini.
Sebahagian daripada pusat beli-belah telah ditransformasikan kepada sebuah taman permainan yang memaparkan Congkak, Chapteh, dan Batu Seremban gergasi bagi menjemput pengunjung mengalami keseronokan pelbagai permainan tradisional klasik ini. Di kawasan foyer, sebuah ikon Congkak gergasi yang berdiri megah sepanjang lapan meter merupakan hiasan utama di antara dekorasi tradisional lain yang dihasilkan daripada kayu serta kain batik. Di samping itu, pengunjung juga akan menemukan pelbagai permainan gergasi yang menghiasi Tingkat 1 dan 2. Mereka akan berpeluang melawat pelbagai kedai ‘pop-up’ serta menyertai pelbagai bengkel kerja hujung minggu contohnya lukisan batik dan lipatan ketupat fabrik. Tambahan pula, mereka juga akan berpeluang mengalami suasana perayaan yang meriah dengan persembahan tarian Melayu tradisional dan muzik Angklung.
“Tahun ini, kami ingin memberikan pengalaman Aidilfitri yang membawa kenangan silam. Zaman ini, kebanyakan kita menghabiskan terlalu banyak masa dengan peranti mudah alih sehingga jarang berinteraksi dengan orang tersayang pada musim perayaan. Maka melalui pelancaran ‘Keriangan Aidilfitri’, IPC berharaplah dapat menghidupkan kembali pelbagai permainan tradisional klasik yang menggamit memori serta nostalgia supaya kita akan mengetepikan aplikasi mudah buat sementara demi mengeratkan semula silaturahim keluarga,” demikian kata Eleanor Lo, Pengurus Pemasaran Pusat Beli-Belah IPC.
“Bermain permainan tradisional memerlukan semangat kerjasama serta komunikasi yang tinggi, oleh sebab inilah kami mempamerkan pelbagai permainan tradisional sebagai ikon gergasi. IPC senantiasa menjadi sebuah tempat mesra komuniti yang membolehkan warga kota mencipta detik terindah bersama keluarga dan rakan. Tidak kira menikmati sarapan, membeli-belah untuk Aidilfitri, atau sekadar ingin meluangkan masa yang menyeronokkan bersama orang tersayang, kami mampu memenuhi keperluan setiap orang,” tambah beliau.
Dalam tempoh ini, pengunjung akan diberikan ganjaran Aidilfitri hebat setiap kali mereka membeli-belah di Pusat Beli-Belah IPC iaitu:
- Baucer Beli-Belah Raya IPC bernilai RM10 | Dengan pembelian sekurang-kurangnya RM200 dalam satu resit tunggal
- Beg Galas IPC & Baucer Beli-Belah Raya IPC bernilai RM10 | Dengan pembelian sekurang-kurangnya RM600 dalam gabungan sehingga 2 resit sahaja
- Memenangi sebuah iPhoneX & Baucer Beli-Belah Raya IPC bernilai RM1000 | Mendapat satu entri dengan pembelian sekurang-kurangnya RM200 dalam satu resit tunggal.
Untuk maklumat lanjut mengenai Keriangan Aidilfitri Pusat Beli-Belah IPC dan pelbagai aktiviti Aidilfitrinya, sila layari www.ipc.com.my.