15 Hari Hantu Kak Limah Raih RM27.5 Juta

Filem Hantu Kak Limah terus menerima sambutan menggalakkan daripada penonton. Ini dibuktikan dengan kejayaan kutipan pecah panggung RM27.5 juta dalam tempoh 15 hari. Filem terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold ini bukan sahaja telah memecah rekod kutipan paling tinggi di Malaysia, malah turut menjadi penanda aras baru dalam industri perfileman negara.

Pihak Penerbit Eksekutif, Dato’ Khairul Anwar Salleh, Gayatri Su-lin dan TP Lim tidak menjangkakan filem ini akan mencapai kejayaan luar biasa dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura kerana mempercayai naskhah tempatan, sekali gus mengangkat HKL mampu bersaing dengan filem luar negara bagi pasaran Malaysia. Malah, HKL turut meriah diperkatakan di laman sosial oleh penonton dari pelbagai lapisan usia dan latar belakang yang terhibur dengan naskhah ini. Lebih menarik, ada yang menobatkan filem ini sebagai filem hiburan sekeluarga.

HKL masih rancak ditayangan di 147 pawagam di Malaysia, Brunei dan Singapura. HKL dibintangi Dato’ Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Allahyarham Rab Khalid, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Dato’ Seri Vida.

Check Also

Kumpulan BLUNTSHEEP melancarkan single baharu bertajuk Pedih

BLUNTSHEEP BERI NAFAS BARU KARYA HADI RUMNAN, BAKAL GEGARKAN PENTAS ZEPP KUALA LUMPUR

Kumpulan pop rock alternatif, BLUNTSHEEP, memulakan kalendar seni tahun ini dengan pelancaran single terbaharu berjudul …

Poster konsert solo Taeyong NCT TY TRACK REMASTERED di Kuala Lumpur pada 11 April 2026.

TAEYONG NCT UMUM KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA APRIL INI

Ketua kumpulan NCT yang berbakat besar, TAEYONG, secara rasmi mengumumkan kepulangan beliau ke Malaysia untuk …

Leave a Reply