Duta YOKOHAMA , DIDIER DROGBA akan berada di Kuala Lumpur

Yokohama, selaku Rakan Rasmi juara lima kali Liga Perdana Inggeris dan juara semasa Piala FA iaitu Chelsea FC, gembira untuk membawakan legenda kelab, Didier Drogba ke Selangor, Malaysia, pada 8 Disember, 2018.

Acara unik bersama peminat ini akan dihadiri oleh legenda Chelsea dan duta Yokohama, Didier Drogba, yang dikagumi oleh Chelsea dan semua peminat bola sepak seluruh dunia. Pernah memenangi 12 trofi utama semasa dua kali bersama di kelab itu (2004-2012 dan 2014-15), Drogba adalah bintang global sejati dan juga menjadi inspirasi kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia.

Acara utama dalam program ini akan memberikan peluang kepada para peminat untuk merasai pengalaman istimewa Q & A bersama Drogba, dihoskan oleh penyampai Astro SuperSport, Amanda Chaang. Peminat juga akan disajikan dengan persembahan freestyle bola sepak, berpeluang untuk mengambil gambar sepanjang acara, dan berkongsi pengalaman mereka di media sosial.

Duta Yokohama Didier Drogba

Yokohama dan Chelsea ingin mengalu-alukan kehadiran semua peminat bola sepak dan orang ramai ke acara istimewa ini bersama Didier Drogba, yang akan berlangsung di Sunway Pyramid Mall, 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor.

Didier Drogba, menjaringkan lebih daripada 100 gol Liga Perdana Inggeris untuk Chelsea, memenangi kejuaraan itu sebanyak empat kali sebagai seorang pemain The Blues, serta bergelar juara dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2012. Dia berkata, “Saya sangat teruja untuk melawat Selangor bersama Chelsea dan rakan mereka, Yokohama . Saya benar-benar berharap dapat melihat ramai peminat Chelsea FC di Selangor. “

Check Also

3 SELEBRITI ANTARA 18 USAHAWAN WANITA BERPENGARUH MALAYSIA DIIKTIRAF DI MAJLIS MIWE 2024

Majlis Pengiktirafan Malaysia Influential Women Entrepreneurs (MIWE) 2024 telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Oktober …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *